≡ Menu

Al-Quran Adalah Saham Kita Untuk Akhirat Yang Bahagia.

Al-Quran Modal untuk Bahagia dan Sebagai Pemberi Peringatan

Firman Allah SWT

طٰهٰ ۚ

Thaha

مَآ اَنْزَلْنَا عَلَيْكَ الْقُرْاٰنَ لِتَشْقٰٓى ۙ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kami tidak menurunkan Al-Qur’an ini kepadamu (Muhammad) agar engkau menjadi susah;

اِلَّا تَذْكِرَةً لِّمَنْ يَّخْشٰى ۙ

melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

(Taha : 1-3)

Pengajaran

1. Surah ini diturunkan sebagai pujukan pada Rasulullah SAW agar baginda teguh menjalankan dakwah. Al-Quran diturunkan bukan untuk menambahkan beban baginda Nabi Muhamad tetapi untuk meringankan beban terutama bebanan perasaan kerana ditentang oleh kafir Quraish.

BACA:  Hati Hati Wanita. Ini Hadis Tentang Wanita Akhir Zaman Yang Mengerikan

2. Al-Quran diturunkan untuk menjadi peringatan kepada orang yang takut kepada Allah agar  tidak melanggar perintah Nya.

3. Al-Quran kitab yang lengkap, tiada kekurangan walau sedikit, lafaz yang mudah difahami dan susunan kalimahnya sangat indah dan menyentuh hati.

4. Apabila dihayati ayat ini menegaskan bahawa al-Quran diturunkan untuk kebahagiaan agar umat Nabi Muhamad tidak sengsara di dunia dan di akhirat.

5. Lapangkanlah hati untuk menerima kebenaran al-Quran kerana antara aspek kebahagiaan itu ada pada kelapangan jiwa dalam menerima seruan Allah serta memenuhi segala tuntutan perintahNya.

BACA:  Berpeganglah Pada Al-Quran, Seperti Memegang Lilin Pada Malam Yang Gelap Gelita

6. Orang yang berpaling dari peringatan Allah akan menghadapi kesempitan hidup. Allah berfirman dalam surah Taha ayat 124 :

وَمَنْ اَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِيْ فَاِنَّ لَهٗ مَعِيْشَةً ضَنْكًا وَّنَحْشُرُهٗ يَوْمَ الْقِيٰمَةِ اَعْمٰى

Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sungguh, dia akan menjalani kehidupan yang sempit, dan Kami akan mengumpulkannya pada hari Kiamat dalam keadaan buta.”

7.  Oleh itu penuhilah masa dengan membaca, mendengar, memahami dan mentadabbur ayat al-Quran agar menjadi petunjuk untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.