≡ Menu

Allah Murka Akan Manusia Yang Bersifat Keakuan. Nauzubillah

Sifat Sombong Dimurkai Allah

Firman Allah SWT;

وَلَا تَمْشِ فِى الأرْضِ مَرَحًا ۚ اِنَّكَ لَنْ تَخْرِقَ الْأرْضَ وَلَنْ تَبْلُغَ الْجِبَالَ طُوْلًا

Maksudnya : Dan janganlah engkau berjalan di bumi ini dengan sombong kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembus bumi dan tidak akan mampu menjulang setinggi gunung. (Al Isra’ Ayat 37)

Pengajaran 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1. Kesombongan adalah penyakit hati, tetapi boleh dilihat pada ucapan, tulisan, cara senyuman, cara berjalan, cara berpakaian, cara berkenderaan, dan seumpamanya.

2. Sifat sombong terbahagi kepada dua, iaitu sombong terhadap al haq dan sombong terhadap makhluk. Sombong terhadap al haq adalah sombong terhadap kebenaran. Sombong terhadap makhluk, iaitu dengan meremehkan dan merendahkannya dan menganggap dirinya lebih mulia dari orang lain.

3. Allah murka kepada orang yang bersifat sombong. Haritsah bin Wahb Al Khuzai’i berkata bahwa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda,

أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِأَهْلِ النَّارِ قَالُوا بَلَى قَالَ كُلُّ عُتُلٍّ جَوَّاظٍ مُسْتَكْبِرٍ

“Mahukah kamu aku beritahu tentang penduduk neraka? Mereka semua adalah orang-orang keras lagi kasar, tamak lagi rakus, dan takabbur(sombong).“ (HR. Bukhari no. 4918 dan Muslim no. 2853).

4. Sehebat mana pun manusia dengan kekuatan, kekayaan tetapi tidak akan dapat menandingi kehebatan Allah, dan sudah pasti segala kelebihan yang ada pada makhluk adalah anugerah daripada Allah.

وَّاَنْ لَّا تَعْلُوْا عَلَى اللّٰهِ ۚ اِنِّيْۤ اٰتِيْكُمْ بِسُلْطٰنٍ مُّبِيْنٍ

Maksudnya: Dan janganlah kamu menyombongkan diri terhadap Allah. Sungguh, aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata. (Ad-Dukhan : 19)

5. Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud RA dari Nabi SAW  bersabda :

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً قَالَ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

“Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“ (HR. Muslim no. 91)

Didik jiwa untuk tunduk, tawaduk serta merawat penyakit hati yang ada dalam jiwa kita.

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.