≡ Menu

Allah Sangat Membencikan Sifat Riak Ini. Hindari Dari Sifat Mazmumah Ini

ALLAH SWT sangat membenci hamba-NYA yang bersifat riak.

Mengapa? DIA mengetahui bahawa perbuatan tercela itu akan menyebabkan manusia melupakan-NYA. Ia juga menjadi punca persengketaan sesama manusia sehingga mampu menumpahkan darah jika tidak diatasi sebaik-baiknya.

Disebabkan itulah ALLAH SWT mengutuskan junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang mempunyai semua sifat terpuji kepada umat akhir zaman,

Justeru, seluruh umat Islam disarankan menjauhi sifat riak kerana ia merupakan perbuatan yang amat tidak disenangi oleh ALLAH SWT dan juga Nabi Muhammad SAW.

Daripada Abdullah Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW berkata: “Tidak akan masuk ke dalam syurga, seseorang yang di dalam hatinya (walaupun sebesar zarah) sifat riak (sombong).” (Hadis Riwayat Muslim)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Merujuk kepada hadis berkenaan, sifat terkutuk berkenaan jika terus diamalkan boleh mengheret seseorang terus ke neraka.
Selain ditimbuni harta yang melimpah seperti yang disebut, segelintir individu memilih bersikap sedemikian rupa kerana sentiasa berfikir dirinya sahaja yang betul.

BACA:  Berwaqaflah. Waqaf Untuk Kegunaan Generasi Hadapan, Menjamin Pahala Yang Berterusan

Mereka juga dilihat gemar memperlekehkan kemampuan orang lain kerana baginya, hanya dia yang mampu melakukannya. Golongan itu juga rasa tiada orang yang lebih hebat melainkan dirinya saja dan dia memiliki lebih daripada orang lain. Tidak kurang yang sangat berbangga dengan pangkat dan darjat serta keturunan yang dimiliki,” ujarnya.

Selain riak, manusia juga, dicegah daripada berperlakuan sombong selama mana mereka bernafas di muka bumi ini.
Dalam Surah Lukman, ayat 18: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong), dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya ALLAH tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”

Sesungguhnya, ikhlas beribadah semata-mata kerana ILAHI dengan sendirinya akan memperkuatkan mental kita daripada menjauhi riak,

Justeru, bagi menghindarinya, kita dianjurkan membaca doa ‘Allahumma inni a’udzubika an usyrika bika wa ana a’lamu wa astagfiruka lima la a’lam.’

Ia membawa maksud: “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU daripada perbuatan menyekutukan-MU di saat aku mengetahui dan aku mohon ampunan dari riak di saat aku tidak mengetahui.”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.