≡ Menu

Alternatif Untuk Selamatkan Rambut Yang Menipis! Murah Sahaja

Frust juga apabila mencuba pelbagai jenis cara tetapi tetap sama sahaja hasilnya. Kalau kamu mengalami situasi yang sama, jangan risau kerana ada penyelesaiannya.

Menerusi perkongsian seorang wanita di Facebook, dia hanya menggunakan tiga bahan sahaja bagi mengembalikan rambut yang lebat dan paling penting tidak gugur lagi.

3 Bahan Mudah Dan Paling Penting Jimat Duit!

Untuk mendapatkan kembali rambut yang lebat dan tidak gugur, wanita ini hanya menggunakan tiga bahan yang mudah didapati sama ada di kedai runcit atau drugstore. Dan paling penting, harganya murah dan boleh dicuba oleh semua orang.

BACA:  7 Perkara Yang Kita Perlu Muhasabah Sekiranya Kita Ingin Berjaya Di Dunia Mahupun Di Akhirat

Bahan yang diperlukan:

  • Aloe vera 
  • Santan (Segar atau dalam kotak)
  • Minyak Zam Zam

(Sukatan terpulang kepada setiap individu.)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Cara-caranya:

  1. Campurkan santan dan aloe vera dalam sebuah bekas.
  2. Gaul sehingga sebati dan jangan simpan dalam peti sejuk.
  3. Selepas cuci rambut, sapu secara rata ke seluruh rambut dan kulit kepala.
  4. Ambil tuala atau topi mandi dan tutup rambut.
  5. Biarkan selama 15 minit sehingga 20 minit dan kemudian cuci seperti biasa.
  6. Setelah rambut separuh kering dan lembap, ambil minyak Zam Zam dan sapu di seluruh bahagian rambut serta kulit kepala.
BACA:  Malaysia Boleh Dilanda Gelombang Ketiga Sekiranya Masih Lagi Culas Dalam Pelaksanaan SOP

(Bagi yang tidak suka rambutnya berminyak di siang hari, kamu boleh lakukan tip ini pada waktu malam sahaja.)

Untuk hasil yang lebih berkesan dan cepat, kamu boleh lakukan sekerap mungkin atau sebanyak 3 kali.

Tip tambahan bagi mendapatkan rambut yang lebat dan bersinar, kamu boleh mencampurkan sedikit aloe vera ketika mahu syampu rambut.

Selamat mencuba!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.