Setelah kita melalui bulan Ramadhan, tentu saja kita masih perlu untuk beramal sebagai
bekal kita nanti sebelum dijemput oleh malaikat maut.
1. Tetap Menjaga Solat Lima Waktu dan Solat Jemaah
Bulan Ramadhan sungguh sangat berbeda dengan bulan-bulan lainnya. Orang yang dulu
malas ke masjid mengerjakan solat lima waktu, di bulan Ramadhan begitu bersemangat
melaksanakan amalan solat ini. Itulah di antara tanda dibukanya pintu surga dan
ditutupnya pintu neraka ketika itu. Rasulullah SAW bersabda, “Apabila Ramadhan tiba,
pintu surga dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan pun dibelenggu.” (Hadis Riwayat
Muslim)
Keutamaan orang yang menjaga solat lima waktu berikut. Rasulullah
SAW bersabda,“Allah SWT berfirman, ‘Aku wajibkan bagi umatmu solat lima waktu.
Aku berjanji pada diriku bahwa barangsiapa yang menjaganya pada waktunya, Aku akan
memasukkannya ke dalam syurga. Adapun orang yang tidak menjaganya, maka aku
tidak memiliki janji padanya’.”(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Solat berjemaah di masjid juga memiliki keutamaan yang sangat mulia dibanding solat
sendirian. Rasulullah SAW bersabda, “Solat jemaah lebih utama dari solat sendirian
sebanyak 27 darjat.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Antara kesemua waktu solat,solat Subuh merupakan solat yang paling berat dikerjakan
oleh orang munafik sebagaimana sabda Nabi SAW: “Tidak ada solat yang paling berat
dilakukan oleh orang munafik kecuali solat Subuh dan solat Isyak. Seandainya mereka
mengetahui keutamaan keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun
sambil merangkak.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Buraidah bin Al Hushoib Al Aslamiy berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda:“Perjanjian antara kami dan mereka (orang kafir) adalah solat.
Barangsiapameninggalkannya maka dia telah kafir.” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, An
Nasaai Dan Ibnu Majah)
2. Berpuasa Enam Hari di Bulan Syawal
Hendaklah di bulan Syawal ini, setiap muslim berusaha untuk menunaikan amalan yang
satu ini iaitu berpuasa enam hari di bulan Syawal. Puasa ini mempunyai keutamaan yang
sangat istimewa. Hal ini dapat dilihat dari sabda Rasulullah SAW dari Abu Ayyub Al
Anshoriy, Baginda bersabda: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian
berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia berpuasa seperti setahun penuh.” (Hadis
Riwayat Muslim)