Malaysian Meteorological Department (MET Malaysia) telah mengeluarkan satu infografik mengenai 1 RUMAH 1 BEG KECEMASAN.
Beg kecemasan ini perlu diletakkan di bahagian yang mudah dicapai apabila berlakunya segala jenis kecemasan yang tidak dijangka.
Apakah itu BOB (Bug Of Beg) atau bahasa mudahnya adalah 1 Beg Kecemasan.
Kalau datangnya apa-apa bencana boleh terus grab 1 beg ini sahaja dan selamatkan diri serta ahli keluarga.
Ekoran itu, orang ramai diingatkan untuk membuat persediaan awal bagi menghadapi banjir ini dengan mematuhi segala arahan yang diberikan oleh jabatan penyelamat.
Antara persediaan awal lain adalah:
- Mendengar hebahan semasa melalui radio, TV dan agens-agensi kerajaan serta Bilik Gerakan Banjir Negeri.
- Memastikan lokasi pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana ditempat anda.
- Menyediakan peralatan kecemasan dan bekalan makanan secukupnya.
Langkah keselamatan yang patut diambil:
- Memindahkan barang berharga, perabot dan barang bahaya seperti racun perosak ke tempat tinggi.
- Memutuskan sambungan peralatan elektrik
- Menutup semua api dan gas.
Selain itu, anda dinasihatkan untuk menyediakan beg keselamatan yang mempunyai barangan berikut:
- Wisel
- Lampu suluh
- Ubat-ubatan
- Radio berkuasa bateri
- Pakaian & peralatan mandian
- Air minuman
- Makanan dalam tin
- Wang tunai
- Bateri tambahan (power bank)
- Dokumen penting seperti kad pengenalan, passport, geran dan lain-lain lagi.