Rezeki Yang Dipermudahkan
==============
1. Jaga hubungan dengan Allah, mudah-mudahan Allah memelihara urusan kita termasuk urusan rezeki. Perhatikan kisah Saidatina Maryam seperti yang diungkapkan dalam al-Quran.
2. Setiap kali Nabi Zakaria masuk berjumpa dengan Saidatina Maryam, Nabi Zakaria dapati Maryam dikurniakan rezeki yang tidak diusahakannya. Sebahagian mufassir menjelaskan bahawa rezeki tersebut adalah buah-buahan yang bukan musimnya ketika itu.
3. Rezeki yang dianugerahkan kepada Maryam amat menghairankan Nabi Zakaria sehingga baginda bertanya: “dari mana kamu dapati semua benda ini?”
4. Maryam lalu menjawab: “semua ini adalah dari Allah.” Perhatikan bagaimana al-Quran mengaitkan urusan rezeki dengan kekuasaan Allah.
5. Oleh itu, jagalah hak Allah, nescaya Allah akan memelihara urusan kita dengan izinNya inshAllah.
Semoga Allah membimbing kita.