≡ Menu

Anak-Anak Berumur 4-5 Tahun Ini Banyak Cabarannya. Fikir Dahulu Sebelum Marah Agar Daya Fikiran Mereka Tidak Terbantut

Setiap ibu bapa pasti mahu yang terbaik untuk anak-anak dan meletakkan harapan terlalu tinggi. Hal ini kadang kala menyebabkan ibu bapa menjadi terlalu perfect dan serius di mata anak-anak.  Sebenarnya, sikap perfectionist ni elok ke tak? Haa kalau nak tahu, jika ibu bapa terlalu perfectionist ia boleh ‘membunuh’ minda anak-anak.

IBU BAPA TERLALU PERFECTIONIST BOLEH ‘BUNUH’ EMOSI ANAK

Perfectionist membunuh growth mindset anak! Menurut beliau, tidak mengapa jika anak suka membuat sepah kerana itu tandanya otak mereka sedang sihat dan ligat berfikir.

1. Tak apa anak suka buat sepah-sepah rumah, itu tandanya otak dia sedang sihat & ligat berfikir. Jangan marah-marah, lepas sepah tu ajar je dia kemas. Settle!

BACA:  Hati-Hatilah Jika Menulis Sesuatu Di Media Sosial. Niat Nak Sebar Info, Tapi Tersebar Fitnah. Nauzubillah

2. Tak apa anak makan tertumpah, usah kalut makanan tertumpah. Anak pandai makan sendiri itu dah cukup bagus, itu yang kita mahu anak yang pandai berdikari.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. Tak apa anak lasak, usah jerit atau tengking suruh dia duduk diam. Layankan sahaja itu la yang bakal jadi booster pada Growth Mindset dia nanti.

4. Tak apa anak susah ikut arahan, jangan cepat tersinggung. Ibu ayah kena kental, tak boleh tisu sangat. Anak yang susah ikut arahan ni selalunya ada Strong Will, kawan baik Growth Mindset.

5. Tak apa anak suka trigger emosi kita. Ada sahaja idea nak buat kita geram pada dia. Anak panjang akal memang tanda Growth Mindset yang sihat.

Jangan biarkan sikap nak perfect kita itu buat kita jadi keras hati dan buta hati dalam mendidik anak anak. Boleh terkubur kepandaian dan kecerdasan semulajadi anak-anak kita nanti. Serius!

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.