≡ Menu

Anak-Anak Yang Diambil Oleh Allah Dijanjikan Syurga. Berbahagialah Wahai Ibu Dan Bapa

یَطُوفُ عَلَیۡهِمۡ وِلۡدَ ٰ⁠نࣱ مُّخَلَّدُونَ

“Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka” [Surah al-Waqi’ah 17]

#Para penghuni syurga akan dilayan oleh pelayan yang terdiri daripada anak-anak muda yang indah rupa parasnya. Anak-anak muda ini kekal muda dan kekal tampan wajahnya bagaikan mutiara yang berguguran.

وَیَطُوفُ عَلَیۡهِمۡ وِلۡدَ ٰ⁠نࣱ مُّخَلَّدُونَ إِذَا رَأَیۡتَهُمۡ حَسِبۡتَهُمۡ لُؤۡلُؤࣰا مَّنثُورࣰا

“Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan” [Surah al-Insan 19]

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Disebut mukhalladun yang bermaksud tetap berusia anak-anak dan tidak akan dewasa. Imam Ibnu Katsir menjelaskan:

يطوف على أهل الجنة للخدمة ولدان من ولدان الجنة ، مخلدون : أي : على حالة واحدة ، مخلدون عليها لا يتغيرون عنها ؛ لا تزيد أعمارهم عن تلك السن

“Anak-anak mengelilingi penduduk syurga untuk berkhidmat kepada mereka. Maksud ‘mukhalladun’ adalah tetap pada keadaan yang satu iaitu tidak berubah dan tidak bertambah umur mereka dari usia tersebut”.

#Terdapat pendapat mengatakan bahawa anak-anak itu adalah anak-anak yang meninggal sebelum baligh. Terdiri daripada anak-anak orang Islam dan bukan Islam.

#Diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub r.a, menyebut sabda Rasulullah saw:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ قَالَ فَقَالَ بَعْضُ الْمُسْلِمِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَوْلَادُ الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَوْلَادُ الْمُشْرِكِينَ

“…Adapun lelaki yang tinggi di dalam Raudhah (taman syurga) itu, ialah Ibrahim saw. Adapun anak-anak yang ada di sekelilingnya adalah setiap anak-anak yang dilahirkan yang mati di atas fitrah (yakni Islam dan dimasukkan ke dalam syurga). Lalu sebahagian orang Islam bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ianya termasuk kanak-kanak orang musyrikin?” Lalu Rasulullah saw menjawab: “Termasuk anak-anak orang musyrikin…”(HR al-Bukhari)

BACA:  Berdakwah Perlu Guna Contoh Yang Tepat, Ini Untuk Mengelakkan Kepada Agama

#Hadis ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang meninggal pada waktu kecil berada dalam penjagaan Nabi Ibrahim AS di dalam syurga.

#Pendapat lain mengatakan mereka adalah makhluk syurga yang Allah ciptakan dan berbeza dengan anak manusia yang pernah hidup di bumi. Mereka diciptakan sebagaimana bidadari yang merupakan makhluk syurga dan bukan penduduk bumi.

الولدان الذين يطوفون على أهل الجنة خلق من خلق الجنة ; ليسوا بأبناء أهل الدنيا

“Anak-anak yang mengelilingi di sekitar penduduk syurga adalah sebahagian dari makhluk syurga. Mereka bukan anak-anak dari penduduk dunia” (Majmu’ Fatawa)

♡Di syurga terdapat para pelayan yang ditugaskan melayan penghuninya dengan layanan terbaik. Mereka terdiri daripada anak-anak yang muda dan indah paras rupanya. Berusaha, beramal dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh agar kita tergolong di kalangan penghuni Syurga. InsyaAllah, aamiiin♡

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.