≡ Menu

Anak Itu Cerminan Akhlak Ibu Dan Bapa. Didiklah Sebaiknya Agar Mereka Disenangi Masyarakat

ANAK-ANAK yang menjadi manusia luar biasa ketika meniti usia dewasa tidak dilahirkan dengan sendirinya. Mereka lahir, dibesar dan diberi didikan oleh ibu bapa yang hebat.

Ini selari dengan sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “ Setiap anak yang lahir di atas fitrah hingga ia fasih (berbicara), kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat al-Baihaqi dan at-Thabarani).

Ini membawa maksud, ibu bapa bertanggungjawab mewarna dan mencorakkan anak-anak untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya.

Sejak dilahirkan, anak-anak diberikan perlindungan daripada segala bahaya dan pada masa sama, dididik dan diajar kemahiran asas survival (kelangsungan hidup) di rumah.

Anak-anak dilatih untuk mengemas bilik tidur sendiri, membuang sampah, mencuci pinggan, membasuh baju, menyidai dan melipat kain, menggosok baju, menguruskan masa dan bermacam-macam lagi.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Kemahiran yang dipelajari ini nampak biasa, tetapi sangat berguna demi kelangsungan hidup anak-anak apabila mereka semakin meningkat dewasa.

Selain itu, rumah menjadi sekolah dalam usaha membina karakter anak-anak. Terbentuknya karakter anak-anak bermula dari rumah hasil didikan dan tunjuk ajar ibu bapa.

Rumah juga merupakan sumber pendidikan pertama anak-anak. Anak-anak belajar pelbagai ilmu pengetahuan pertama dari rumah sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan.

BACA:  Hukum Makan Ayam Goreng Yang Masih Ada darah

Anak-anak belajar untuk menghormati orang lain, mengikut peraturan rumah yang ditetapkan, bertolak ansur dengan ahli keluarga di rumah dan membantu ibu bapa.

Didikan ini akan membentuk karakter dan sahsiah anak-anak yang akan diamalkan sepanjang kehidupan mereka.

Dalam membesarkan anak-anak, selain menyediakan keperluan asas seperti makanan, minuman, pakaian dan lain-lain, ibu bapa bertanggungjawab sepenuhnya memainkan peranan sebagai pendidik dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak.

SSUCv3H4sIAAAAAAAEAJ2QzQrDIBCE74W+g3j2UOitrxJ62OgSlpoIuqaUkHePv+C5N+ebHdfxuN+EkDME0vIljqySJmtjYA9Mbkv4oRpHQ+w8gc0ws7M4MjBwDBjyFQ1pYFzSbIUt3/dMVYtuFDMlkiWlGliIc2EdnervZD28exVYcNO/8uChiEeLUItMdVR+vox+HavtZNANGqIhN7TcnQabA8/hZp0+1K1t33kBWD1OEHcBAAA=

Dalam usaha memanusiakan seorang anak, semua ajaran agama amat menitikberatkan pendidikan nilai moral yang tinggi dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya, kasih sayang yang dicurahkan oleh ibu bapa kepada anak-anaknya memang tiada tolok-bandingnya.

Oleh itu, dalam memberikan pendidikan kepada mereka, sudah semestinya ibu bapa akan menyediakan pendidikan terbaik.

Ibu bapa mengasuh dan mendidik anak-anak dengan ilmu keibubapaan (parenting) dan ilmu agama yang berguna sepanjang zaman.

Tidak kurang juga semakin ramai ibu bapa pada zaman kini yang memiliki kelayakan yang tinggi dalam akademik.

Ia menjadi bonus kepada anak-anak untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada ibu bapa mereka.

BACA:  Diangkat Martabat Wanita Dalam Islam Setelah Era Jahiliyah. Subhanallah

Bagaimanapun, ibu bapa yang kurang berkemampuan juga tidak terkira pengorbanannya dalam menyediakan keperluan untuk pelajaran anak-anak mereka.

Umum mengetahui, sejak seluruh dunia dilanda pandemik Covid-19, anak-anak tidak dapat ke sekolah seperti kebiasaannya.

Sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung dari rumah melalui pelbagai medium perantara.

Dalam memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pelajaran, ibu bapa harus terus memainkan peranan sebagai pendidik di rumah.

Dalam hal ini, mereka berperanan memberikan sokongan moral yang tinggi, memperuntukkan masa khas untuk membantu anak-anak dalam pelajaran, menyediakan kemudahan dan ruang belajar mengikut kemampuan, membantu menguruskan masa untuk belajar serta memberi ganjaran sewajarnya.

Justeru, dalam mendepani cabaran pada saat getir ini, ibu bapa merupakan tonggak utama untuk memastikan anak-anak yang dipinjamkan sementara di dunia ini dilindungi sebaik mungkin, dicurahkan kasih sayang sepenuhnya dan dididik dengan ajaran agama terbaik.

Semoga corak yang ibu bapa warnakan dalam lembaran putih kehidupan anak-anak menjadi corak terindah buat mereka. Apa yang kita semai dan tanam pada hari ini, itulah yang kita tuai pada hari esok.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.