≡ Menu

Anak Tiri dan Harta Pusaka

Soalan;

Assalamualaikum w.t.b…Saya ingin bertanya soalan berkaitan harta pusaka.Ibu saya telah meninggal dunia 2 tahun lepas. Ibu saya telah berkahwin lain dan dikurniakan seorang anak lelaki yang berusia 18 tahun. Bapa tiri saya juga telah meninggal dunia beberapa tahun lepas. Bapa tiri saya mempunyai 2 org anak bersama bekas isteri sebelum mengahwini ibu saya.

Adik beradik saya pula seramai 5 orang. Ibu dan bapa tiri saya telah membeli sebuah rumah diatas nama bapa tiri saya. Buat masa sekarang rumah tersebut.

BACA:  Solat Diterima Atau Tidak. Ketahui Tanda Tanda Ibadah Diterima Allah

Kami sewakan dan kami gunakan wang tersebut untuk menyara dan pembelajaran adik tiri lelaki saya.
Soalan saya: Adakah rumah tersebut hanya berhak di tuntut oleh anak lelaki ibu dan bapa tiri saya atau kami anak sebelah ibu juga berhak keatas rumah tersebut dan adakah 2 orang anak bapa tiri saya lebih berhak keatas tuntutan tersebut?

Sehingga kehari ini masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan. Jawaban dari pihak tuan/puan amat saya hargai.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jawapan;

BACA:  Tahukah Anda Betapa Pentingnya Hormat Pada Suami Selepas Berkahwin

Dalam pembahagian harta pusaka mengikut Islam, anak yang berhak mewarisi ialah anak kandung sahaja sama ada anak lelaki atau anak perempuan. Adapun anak tiri ia tidak masuk dalam senarai waris dan tidak boleh mewarisi harta di mati.

Wallahu a’lam.

Ustaz Ahmad Adnan Fadzil

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.