≡ Menu

Anda Ada Masalah Gastrik? Dua Makanan Ini Boleh Mengurangkan Sakitnya. Insya’Allah

Gastrik ataupun gastritis merupakan salah satu penyakit yang selalu dialami oleh masyarakat. Pesakit akan mengadu pedih pada ulu hati, selalu sendawa dan kurang selera makan.

Majoriti daripada kes gastrik adalah disebabkan jangkitan bakteria H. pylori. Bakteria H. pylori mampu menguraikan lapisan pertahanan perut yang menyebabkan asid yang dirembeskan menghakis dinding perut. Disebabkan perkara itu, pesakit akan mengadu simptom pedih hati. Bahkan, bakteria ini mempunyai kaitan yang dan dikatakan salah satu punca kanser perut dikalangan manusia

Kebanyakkan daripada pesakit akan berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Jika simptom selalu berlaku, kamera akan dimasukkan ke dalam bahagian perut untuk melihat keadaan dinding perut berserta punca berlakunya masalah gastrik tersebut. Sedikit sampel daripada perut akan di ambil untuk mengesan kehadiran bakteria H. pylori.

Permakanan yang sesuai untuk membunuh bakteria H. pylori

Ramai yang tidak tahu terdapat dua makanan yang mampu membantu dalam rawatan H. pylori jesteru dalam menyelesaikan masalah gastrik. Ia adalah:

1) Broccoli

Broccoli adalah salah satu makanan yang senang di dapati di Malaysia. Sayur ini mengandungi serat dan vitamin yang tinggi. Malah ia mempunyai satu kompaun yang mampu membantu pesakit gastrik yang disebabkan jangkitan H. pylori.

BACA:  Pasang ‘Air Cond’ Dan Kipas Dalam Satu Masa, ‘Technician’ Dedah Kesan Ramai Tak Sedar

Kompaun tersebut adalah Glucoraphanin. Ia merupakan salah satu kompaun yang tinggi di dalam broccoli. Apabila memasuki badan, kompaun ini akan ditukarkan kepada kompaun sulforaphane yang merupakan kompaun aktif dan mampu membunuh bakteria H. pylori

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Sebelum ini kompaun sulforane telah terbukti di dalam makmal di mana ia mampu membunuh kuman H. pylori.

Pada tahun 2009, satu uji kaji pada manusia telah dibuat. Dimana kumpulan manusia yang mempunyai jangkitan H. pylori mempunyai kadar penuruan bakteria tersebut apabila mengambil broccoli secara kerap. Ini menunjukkan bahawa broccoli merupakan salah satu makanan yang mampu merawat penyakit gastrik

2) Yogurt

Kajian yang diterbitkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’ telah menemukan bahawa yogurt yang mengandungi tinggi probiotik mampu memberi kesan kepada H. pylori ketika dalam proses rawatan.

BACA:  Amalan Untuk Menghindari Was-Was, Insya'Allah. Semoga Kita Bebas Dari Bisikan Syaitan

Ia disebabkan yogurt mengandungi banyak bakteria baik yang membuatkan badan lebih senang menghapuskan bakteria H. pylori di dalam perut.

Oleh itu, jika anda selalu menghadapi masalah pedih ulu hati dan kerap mengambil ubat untuk masalah tersebut, mungkin melebihkan sedikit pengambilan Broccoli dan yogurt mampu membantu masalah perut anda

Nasihat tambahan untuk mereka yang mengalami masalah gastrik

  • Kurangkan merokok kerana ia akan meningkatkan penghasilan asid di dalam perut
  • Kurangkan minum kopi
  • Pengambilan makanan yang kerap. Tetapi kuantiti makanan perlu dikurangkan. Ini dapat memberi perlindungan kepada dinding perut supaya ia tidak terhakis dengan asid dalam perut
  • Kurang stress. Ini kerana ia juga boleh meningkatkan penghasilan asid dalam perut
  • Kurangkan ataupun berhenti mengambil alkohol

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.