≡ Menu

Anda Akan Berhadapan Dengan 5 Simptom Ini Jika Liat Makan Sayur Dan Buah-Buahan

Pasti ramai yang sudah tahu tentang kebaikan makan sayur dan buah namun masih ada juga individu yang tidak mahu atau tidak gemar untuk mengambilnya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sayur dan buah setiap hari. Pengambilan sayur dan buah yang mencukupi dapat mengelakkan risiko penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi penyakit lain.

5 TANDA SERING TERJADI BILA ANDA KURANG MAKAN SAYUR & BUAH

Kurangnya pengambilan sayur atau makan buah akan meningkatkan risiko penyakit serta tubuh badan jadi tidak sihat dan kuat.

Berikut merupakan lima petanda yang jadi pada tubuh badan jika anda kurang makan buah dan sayur:

1. SUKAR MELIHAT DALAM GELAP

Mungkin mitos ambil lobak untuk mata yang jelas itu adalah benar kerana kebaikan makan sayur lobak diketahui amat baik untuk mata. Lobak mengandungi tinggi vitamin A yang boleh menghasilkan pigmen retina pada mata.

BACA:  Rotan Untuk Mendidik, Bukan Untuk Menyakiti. Ibu Bapa Perlu Baca

Kekurangan pigmen retina ini seterusnya pula akan mengakibatkan anda sukar melihat dalam gelap yang sekali gus menyumbang kepada masalah penglihatan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

2. GUSI MUDAH BERDARAH

 

Ada beberapa sebab gusi berdarah dan salah satunya adalah kekurangan vitamin C. Ia tidak dapat dihasilkan secara semula jadi, maka vitamin ini perlu dikonsumsi melalui pemakanan ataupun suplemen.

Vitamin C dari sayur serta buah mampu menguatkan sistem imun, mengelakkan sel rosak dan melancarkan proses pemulihan yang penting untuk tubuh badan.

3. RAMBUT DAN KUKU MUDAH RAPUH

 

Biotin (vitamin B7) adalah nutrien yang boleh ditemui dengan banyak di dalam pelbagai jenis sayur dan buah seperti bayam, brokoli, kubis, pisang dan lain-lain.

BACA:  Perlukah Qadha Solat Dan Puasa Sekiranya Pengsan Atau Koma? Baca Penjelasan Ulama

Kekurangan Biotin dalam tubuh badan boleh menyebabkan masalah kuku dan rambut rapuh lantas mengakibatkan ia menjadi pucat, gugur serta tidak sihat.

4. MENYEBABKAN SEMBELIT

Individu normal memerlukan sekurang-kurangnya 18 gram serat setiap hari yang boleh diperolehi daripada sayur atau buah dalam diet.

Jika ia kurang dalam tubuh badan, maka risiko sembelit adalah lebih tinggi dan ia adalah sebab paling utama kenapa anda perlu makan buah dan sayur lebih banyak.

5. MOOD TIDAK MENENTU

Sebab terakhir adalah untuk mengekalkan mood anda sehari-harian bagi memastikan emosi sentiasa stabil dan sihat. Jika anda mengalami mood tidak tentu secara mendadak, cuba tambahkan kedua-dua makanan ini ke dalam diet selain berjumpa doktor untuk diagnosis.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.