≡ Menu

Allahu Akbar, Angin Kencang Berhenti Ketika Azan Dilaungkan

Bagi kita sebagai umat Islam, jika berlaku sesuatu bencana atau musibah di hadapan mata kita, pertama sudah tentu kita perlu banyak-banyak beristighfar. Ketika dalam bencana, tidak kira lah gempa bumi, banjir besar, kebakaran, angin ribut, puting beliung, halilintar, tsunami atau apa-apa musibah, hendaklah kita berserah diri kepada Allah, membesarkan Allah SWT dalam diri kita, kagumilah dalam hati kita bahawa “ما شاء الله” dan yakinilah dengan hati kita bahawa Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Besar. (لَا حَوْلَوَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَظِيمِ).

Perlu diingatkan “ما شاء الله” (Maa-Syaa-a-Allah) berbeza daripada “مشاء الله” (MaSyaa-a-Allah), ini kerana “ما شاء الله” bermaksud “Apa yang Allah kehendaki”, manakala “مشاء الله” (MaSyaa-a-Allah, macam style P.Ramlee sebut) bermaksud “Penyebar adalah Allah”.

Kemudian cuba kita AZAN sekali atau beberapa kali, suara tidak semestinya perlu kuat dan nyaring tetapi sebut mestilah betul makhrajnya dan adalah penting dalam hati kita dalam membesarkan Allah SWT sebagaimana maksud azan. Jangan fikir2 yang selainnya, jika dikehendaki Allah reda bencana itu maka reda lah ia (beransur pulih), sebaliknya redalah kita menerima ketentuannya.

BACA:  Sering Jatuh Sakit Di Tempat Kerja? Ketahui Lebih Lanjut Sindrom Bangunan Sakit (SBS))

Sejarah Azan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Pada suatu hari Rasullullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat dan membincangkan cara mengingatkan umat Islam waktu solat telah masuk dan mengajak mereka ke masjid melakukan solat berjemaah.

Solat bagi umat Islam bukan sahaja sekadar menyembah Pencipta alam semesta tetapi juga merupakan ikrar mematuhi peraturan hidup yang ditetapkan olehNya di samping memohon petunjuk dan rahmat.

Pada mesyuarat itu, ada yang mencadangkan supaya dikibarkan bendera, ada yang mengesyorkan ditiupkan serunai atau terompetdan ada juga yang mencadangkan supaya dibunyikan loceng, namunsemua usul itu ditolak Nabi Muhammad s.a.w.

BACA:  Doa Mustajab Pada Waktu Ini Di Hari Jumaat. Berdoalah, Insya'Allah Dimakbulkan

Adalah Abdullah bin Zaid yang bermimpi bertemu dengan seseorang yang memberitahunya untuk mengumandangkan azan dengan menyerukan lafaz-lafaz azan yang sudah kita ketahui sekarang. Mimpi itu disampaikan Abdullah bin Zaidkepada Rasulullah SAW.

Umar bin Khathab yang sedang berada di rumah mendengar suara itu. Dia langsung keluar sambil menarik jubahnya dan berkata: “Demi Tuhan Yang mengutusmu dengan Hak, ya Rasulullah, aku benar-benar melihat seperti yang ia lihat (di dalam mimpi).”

Lalu Rasulullah bersabda: ”Segala puji bagimu.” Yang kemudian Rasulullahmenyetujuinya untuk menggunakan lafaz-lafaz azan itu untuk menyerukan panggilan solat.

Azan PERTAMA di kumandangkan oleh Bilal Bin Rabah, sehingga kini orang yang mengumandangkan azan apabila masuk waktu digelar bilal.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.