≡ Menu

Angkat Takbir Berulang Kali. Tapi Niat Solat Tak Masuk Masuk. Macam Mana?

SOALAN
Saya sangat susah nak berniat dalam masa angkat takbir sampai berulang kali angkat takbir.

Adakah memang kena berniat tiap kali hendak sembahyang dan apakah cara yang boleh saya ikut supaya saya boleh solat dengan mudah seperti orang lain?

JAWAPAN
Niat ketika mengerjakan solat adalah wajib oleh itu siapa yang tidak berniat maka solatnya tidak sah dengan sepakat ulamak empat mazhab.

Tempat berniat ialah dalam hati dan wajib berniat di dalam takbiratul ihram.

Jika berniat dahulu dari takbir atau selepas selesai takbir maka niat tersebut tidak sah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ada pun di sisi mazhab Hanafi dan Hanbali dan satu qaul mazhab Maliki sah niat sebelum angkat takbir dengan masa yang sedikit.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah:

Dan ada pun hukum berniat pada sembahyang itu maka sungguhnya telah sepakat sekelian imam mazhab yang empat atas tidak sahnya sembahyang dengan ketiadaan berniat.

Waktu berniat itu telah sepakat tiga imam mazhab yaitu Maliki dan Hanafi dan Hanbali atas bahawa sah terdulu niat atas takbiratulihram dengan masa yang sedikit.

Dan bersalahan oleh ulamak mazhab Syafie yang berkata mereka itu tidak dapat tidak mesti adalah niat itu berserta dengan takbiratulihram dengan sekira-kira jikalau selesai dari takbiratulihram dengan tiada niat maka batal sembahyangnya.”

Akan tetapi siapa yang kesukaran ia berniat di dalam takbir maka diberi kelonggaran atasnya bertaklid kepada pendapat imam Hanafi dan Hanbali yang mengatakan sah berniat sebelum takbir dengan masa yang sedikit.

Maksud masa yang sedikit itu ialah berniat ketika hendak mengangkat takbir.

BACA:  10 Tabiat Ini Boleh Membinasakan Tubuh Badan Kita. Ubah Dengan Segera

Ini adalah bersandarkan qaedah الأمر إذا ضاق اتسع

Ertinya : “Suatu perkara itu apabila sempit ia maka dilonggarkan sedikit hukumnnya.”

Maksudnya apabila seseorang itu menghadapai kesukaran untuk menghadirkan niat ketika melafazkan takbir maka diberi kelonggaran hukum baginya untuk berniat sebelum dari takbir.

Orang yang kesukaran berniat dalam takbir maksudnya dia tidak boleh menghadirkan niat ketika mengucapkan takbiratulihram setelah dia bersungguh untuk melakukannya sehingga menjadilah tiap kali sembahyang itu menyukarkan atasnya.

Dan begitu juga diberikan kelonggaran ini kepada orang yang was-was yang tidak boleh bertakbir dan niat sekali gus.

Ada pun yang tidak menghadapai kesukaran berniat dalam takbir maka wajib atasnya menyertakan niat di dalam takbir.

Wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.