≡ Menu

Anuti Islam Dengan 2 Peninggalan Nabi Muhammad Yang Teragung, Al-Quran Dan Hadis

Dalam melaksanakan amal di dalam Islam, Al-Banna memulakannya dengan pembinaan individu, keluarga dan masyarakat ke arah daulah Islamiyah.

Membina sesuatu yang agung bermula dengan asas yang ampuh. Allah SWT berfirman;

أَفَمَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى تَقْوَى مِنَ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ خَيْرٌ أَمْ مَنْ أَسَّسَ بُنْيَانَهُ عَلَى شَفَا جُرُفٍ هَارٍ فَانْهَارَ بِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ

Maka apakah orang-orang yang mendirikan masjidnya di atas dasar takwa kepada Allah dan keredaan-Nya itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam.  (At-Taubah 109).

Permulaan yang baik dan selamat bermula dengan:

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1.  Kefahaman yang sahih, sempurna dan sejahtera.

Sesuai dengan matlamat menegakkan daulah dan khilafah Islamiyah di muka bumi, ia memerlukan kefahaman yang sempurna agar Islam yang  tertegak adalah yang benar. Apatah lagi setiap kita adalah anasir yang terlibat secara langsung dalam proses ke arah amal Islam yang lebih besar bermula dengan membina individu yang soleh sehinggalah penegakan daulah Islam.

Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berilmu dan faham itu lebih menyukarkan syaitan berbanding seribu ahli ibadat.” (at Tarmizi 5/46, No 2681)

Kelebihan bukan hanya diukur dengan banyaknya pengetahuan dan amalan, akan tetapi ia diukur dengan kefahaman yang sahih lagi sejahtera.

Kita lihat apa kata seorang ulama ketika memberi komentar terhadap golongan Khawarij: “Meskipun mereka terkenal dengan wara`, zuhud serta kuat beribadat, namun kefahaman yang menyeleweng dari apa yang sepatutnya membuatkan mereka terseleweng jauh dari kebenaran.” [Majmuk al Fatawa, juzuk 28].

2.  Keperluan amal

Orang beriman yang faham, dituntut untuk beramal. Namun untuk beramal, perlu kefahaman yang jelas.

Kaedah Syariah menyebutkan:

مَا لا يَتِمُ الوَاجب إلا به فهو واجب

Tidak sempurna sesuatu yang wajib kecuali dengannya, maka ia adalah wajib.

Perbandingan kefahaman jika tidak sempurna, umpama si buta bercerita tentang gajah. Sudah pasti amal bercanggah dan tidak tepat.

BACA:  Jangan Sesekali Tahan Bersin, Kerana Ia Sangat Merbahaya Kepada Tekak Dan Peti Suara Anda

Justeru dalam melaksanakan amal memerlukan kefahaman yang benar dan betul.

3.  Memelihara garisan penyelewengan.

Dalam melaksanakan amal pastikan bertepatan dengan panduan al-Quran dan al-Hadis bagi mengelakkan penyelewengan atau ikut nafsu.

Saidina Umar RA berpesan kepada utusan atau wakil yang dihantar ke luar dari wilayah;

“Ikutlah al-Quran, bukannya al-Quran yang mengikut kamu. Sesiapa yang al-Quran mengikutnya, al-Quran akan menolak belakangnya hingga jatuh ke dalam neraka. Sesiapa yang ikut al-Quran, al-Quran akan memimpinnya masuk ke dalam Syurga”

Sebagai mereka yang hidup kerana Islam dan untuk Islam, kita akan bekerja juga semata-mata untuk Islam bagi melaksanakan fungsi sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi. Antara perkara yang menjadi asas keperluan ialah perlu memiliki kefahaman yang betul dan sahih terhadap Islam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.