≡ Menu

Apabila Kemungkaran Dilazimi, Rosaklah Iman Sesebuah Bangsa

Wahai hamba-hamba Allah,

Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamat orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Marilah kita mendengar peringatan dan amaran daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَّا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنكُمْ خَاصَّةً ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ (٢٥)  [سورة الأنفال : ٢٥]

(Maksudnya): Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ini adalah amaran yang keras, hukum Allah dijatuhkan kepada umat yang zalim dan menyeleweng daripada agama Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang menimpa semuanya, bukan sahaja orang-orang yang zalim dan jahat, tetapi termasuk orang-orang yang baik. Terutama apabila orang-orang yang baik mendiamkan diri dan membiarkan kemungkaran dan kezaliman itu berlaku. Kemuncak kezaliman itu adalah menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain.

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ (١٣) [سورة لقمان : ١٣]

(Maksudnya): Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.

Apabila manusia menyengutukan Allah Subhanahu wa Ta’ala, kemungkaran akan merebak dengan luas. Kemungkaran adalah kezaliman hidup kepada manusia terhadap diri mereka sendiri apabila meletakkan sesuatu perkara bukan pada tempatnya, menyebabkan kemusnahan diri, kerosakan masyarakat dan kehancuran negara seluruhnya, apabila meninggalkan peraturan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

BACA:  Peliharalah Solat Subuh, Nescaya Kita Akan Dipelihara Dari Sebarang Kecelakaan. Subhanallah

Maka Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam menasihatkan umatnya supaya masing-masing menunaikan tanggungjawab agama yang sangat besar. Sabda Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wasallam:

الدِّينُ النَّصِيحَةُ قُلْنَا لِمَنْ قَالَ لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ. [رواه مسلم]

(Maksudnya): Agama itu adalah nasihat. Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Untuk (beriman kepada) Allah, kitabNya, RasulNya dan pemimpin kaum muslimin serta kaum muslimin seluruhnya.

Umum orang Islam wajib menasihati antara satu sama lain. Setiap orang Islam tidak boleh berpeluk tubuh melihat kemungkaran melihat kemungkaran yang berlaku dalam kehidupan mereka, khususnya di akhir zaman ini apabila Islam tidak menaungi kehidupan kita, tidak ada pelindung lagi yang menyebabkan kemungkaran menembusi masuk ke dalam masyarakat, masuk ke dalam rumah dan masuk ke dalam hati kita yang sangat membahayakan sehingga berkecamuk. Maka tunaikanlah perintah Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ. [رواه مسلم]

(Maksudnya): Sesiapa yang melihat sesuatu yang mungkar, hendaklah mencegah dengan tangannya (kekuasaan yang ada padanya). Sekiranya tidak mampu, maka dengan lidah (memberi nasihat). Dan sekiranya tidak mampu juga, hendaklah benci di dalam hati. Itulah selemah-lemah iman.

Kalau benci di dalam hati pun tidak ada, maka iman tidak ada lagi. Reda kepada kemungkaran adalah kemungkaran, reda kepada yang haram dan reda kepada kekufuran adalah kufur. Setiap orang mesti ada peranan dan tugas masing-masing, selemah-lemahnya benci di dalam hati kalau tidak mampu. Jangan bersikap sambil lewa, buat tidak tahu, itu bukan kerja dan tugas aku, jaga diri masing-masing.

BACA:  Adakah Mengucapkan "Aku Tidak Tahu" Itu Separuh Daripada Ilmu?

Amaran Allah Subhanahu wa Ta’ala sangat keras apabila Allah menurunkan bencana mengenai semuanya. Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda lagi:

لَتَأْمُرُنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَلَتَنْهَوُنَّ عَنِ الْمُنْكَرِ أَوْ لَيُسَلِّطَنَّ اللَّهُ عَلَيْكُمْ شِرَارَكُمْ فَيَدْعُو خِيَارُكُمْ فَلا يُسْتَجَابُ لَكُمْ. [رواه البزار]

(Maksudnya): Suruhlah berbuat kebaikan dan cegahlah daripada kemungkaran atau Allah akan menjadikan orang-orang jahat menguasai kamu. Kemudian kamu memohon kepada Allah (agar siksaan itu dihentikan) maka permohonan kamu tidak diterima lagi.

Marilah kita mendengar nasihat Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam dengan penuh keinsafan dan firman Allah Ta’ala:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ.

وَالْعَصْرِ (١) إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ (٢) إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (٣)  [سورة العصر: ١-٣]

(Maksudnya): Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِالآيَاتِ وَالْحِكْمَةِ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ.

Teks asal khutbah ini boleh dimuat turun dari pautan ini – https://bit.ly/3VnJWca

Dihantar oleh Dewan Ulamak PAS Perak

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.