≡ Menu

Asal Nak Buat Benda Baik, Mesti Ada Yang Menghalangnya. Ini 3 Punca Menurut Imam Al-Ghazali

MELAKUKAN kebaikan bukanlah perkara yang sukar. Ini kerana manusia memang secara fitrahnya sukakan kebaikan.

Cuma setiap kali ingin berbuat baik, ada sahaja halangannya. Ia seolah-olah ada rintangan yang perlu diharungi untuk berbuat kebaikan.

Umpamanya, kita berniat untuk bersedekah sebaik sahaja gaji masuk. Namun, apabila tiba masanya, hati kita seolah-olah berbelah bahagi untuk meneruskan hasrat berkenaan.

Pada masa itu, mulalah fikiran menerawang untuk membayar pelbagai jenis komitmen dan sebagainya yang perlu didahulukan.

Begitu juga dalam situasi yang mana kita sudah berniat untuk bangun solat tahajud pada awal pagi. Namun, apabila terjaga, mata seolah-olah melekat bagaikan digam dan kepala pula terasa berat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Akhirnya, niat tadi hanya tinggal niat sahaja tanpa berjaya dilaksanakan. Walhal, kita lagi selangkah untuk melakukan kebaikan tadi.

Kenapa boleh jadi begitu? Apakah halangan yang perlu ditempuhi untuk kita berbuat kebaikan?

Ada tiga bentuk halangan untuk kita berbuat baik.

Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam al-Ghazali seperti berikut:

1. Iblis dan syaitan.

BACA:  Pemuda Azan di Atas Bumbung Rumah Ketika Kebakaran

Ingatlah bahawa iblis dan syaitan tidak akan pernah berhenti berehat untuk menghasut dan menggoda kita. Tidak kiralah sama ada dalam kehidupan berumah tangga dan kehidupan seharian.

Maka sebab itulah kita dianjurkan untuk membaca ta’awuz atau A’uzubillahi minasy syaitanir rajim setiap kali hendak melakukan suatu perkara.

Ini termasuklah sebelum masuk ke dalam tandas, waktu tengah marah atau ingin bersama pasangan masing-masing. Dengan ta’awuz itu, kita memohon perlindungan ALLAH daripada gangguan iblis dan syaitan yang menjadi musuh kita selama ini.

2. Halangan nafsu kita.

Nafsu yang dimaksudkan di sini adalah nafsu ammarah bissu’ (yang sentiasa mendorong kepada kejahatan). Inilah nafsu yang tidak baik. Ia bersahabat dengan syaitan.

Ketahuilah bahawa dalam diri kita, selain sifat manusia, ada tiga lagi sifat lain iaitu sifat haiwan, syaitan dan malaikat. Singkirkanlah sifat haiwan dan syaitan yang jelas melorongkan kita kepada kejahatan.

Ambillah sifat malaikat yang sangat baik. Semoga ia menjadi asbab untuk kita melakukan kebaikan.

3. Halangan daripada orang sekeliling.

BACA:  Cara Mengubat Penyakit Suka Pada Kaum Sejenis (Homosexuality)..Sebarkan!

Kadangkala orang di sekeliling kita seperti suami, isteri, anak dan rakan-rakan yang membantutkan kita daripada untuk melakukan kebaikan.

Umpamanya, setiap kali hendak jadi baik, rakan-rakan pula datang mengata. Sudah tidak jadi usaha kita untuk melakukan kebaikan.

Namun, usahlah kita tergoda dengan halangan tersebut. Sebaliknya kuatkan diri untuk melakukan apa yang sudah diniatkan atau menjadi azam kita.

Demikian perkongsian Imam Muda Hassan dalam Facebook Live miliknya baru-baru ini.

Beliau turut menitipkan pesanan agar kita tidak panik dan melatah apabila berhadapan dengan tiga halangan tadi.

“Teruskan saja (kebaikan yang ingin dibuat). Ingatlah, yang hendak jadi baik itu adalah diri kita, bukannya orang lain.

“Bukan saja kita diuji dengan halangan-halangan ini. Bahkan, Nabi Muhammad SAW dan para nabi yang lain turut sama melaluinya,” jelas beliau.

Apa pun, ingatlah bahawa untuk beroleh sesuatu, pasti akan ada halangan yang perlu direntas. Semoga kita kuat menghadapinya untuk meraih reda ALLAH

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.