≡ Menu

Asas Kebahagiaan Di Dunia Dan Di Akhirat. Sama Sama Muhasabah Diri Kita

Dalam hidup ini, ada banyak yang kita nak capai. Ada banyak yang kita nak cari.

Tapi, benarkah kita boleh mencapai semuanya?

Ingat tak lagi, waktu kita kecik-kecik dulu.. cikgu kat sekolah mesti tanya:

“bila dah besar nanti nak jadi apa?”

Ada yang cakap doktor, cikgu, arkitek. Tak kurang juga yang bercita-cita nak jadi askar dan bomba.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tapi, bila kita semakin besar. Semakin faham tentang matlamat kehidupan.

Adakah cita-cita itu semua benar-benar penting? atau kita lebih memilih untuk mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat a.k.a keredhaan dari Allah.

Asas-asas untuk bahagia dunia dan akhirat

Ini pandangan saya.

Tak kisahlah seseorang itu nak kerja apa atau buat apa. Tapi yang penting adalah kehidupan yang dilalui itu bahagia. Bahagia dengan kata yang sebenar a.k.a bahagia mengikut landasan islam.

Apa guna punya keluarga yang kaya harta, tapi kurang kasih-sayang. Kurang perhatian dari ibu ayah.

Apa guna kerjaya hebat tapi tanggungjawab nafkah pada keluarga diabaikan.

Ya Allah.

BACA:  Salahkah Cara Kita Memberus Gigi Selama Ini? Ketahui Cara Yang Betul Agar Gigi Kita Tahan Lebih Lama

Sungguh. Dengan mengingati Allah, hatikan tenang. Sungguh.

Sahabat-sahabat,

Ingatlah suatu perkara. Sungguh sekalipun kita sejahat mana pun, tapi tanamlah untuk sentiasa berubah kea rah kebaikan. Berazamlah untuk punya keluarga yang betul-betul faham dan mengamalkan Islam.

Buat yang bergelar ibu, belajarlah. Tuntutlah. Timbalah sebanyak mana ilmu.

Kerana suatu masa nanti kita akan jadi gedung ilmu buat zuriat yang kita kasihi. Semoga kita terhindar dari menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan.

Suatu masa nanti, sekiranya anak kita tidak bisa menjawab tentang  cita-citanya untuk menjadi doktor mahupun peguam. Tidak mengapa. Asalkan mereka bercita-cita menjadi seorang muslim yang super ekstrem!

Kerana. Kerana. Kerana. Kebahagiaan dalam hati itu lebih utama dari kebahagiaan pada pandangan mata manusia. Bahagia pada pandangan hati manusia sangatlah terbatas.

Hanya melihat pada kerjaya, kekayaan, keluarga.

Tapi hakikatnya? Benarkah?

Suka saya untuk memetik kata-kata Imam Hasan Al Bana :-

Asas keimanan ialah hati yang bersih,
Asas keikhlasan ialah jiwa yang suci,
Asas semangat ialah keinginan yang kuat,
Asas usaha ialah keazaman yang membara,
Dan semua sifat ini tidak wujud kecuali pada PEMUDA!

Maka,

BACA:  Kaifiat Surah Al-Waqiah Yang Kita Perlu Tahu. Bukan Sahaja Surah Pembuka Rezeki

Bangkitlah wahai pemuda sekelian. Sekiranya kamu menemui kekecewaan dalam hidupmu hari ini, jika kamu menemui kesedihan dalam perjalananmu jam ini, jika kamu menemui kedukaan dalam langkahmu saat ini.

Masih belum terlambat untuk kita bangkit ke garisan permulaan selagi Allah kurniakan atmosfera bumiNya pada kita.

Sungguh.

Walau ibumu sendiri tidak mungkin boleh memberikan jaminan syurga!

Tapi, percayalah apabila kita meletakkan seluruh pengharapan kita kepada Allah.

Dia akan beri. Dia akan tarik kita kembali. Berjalanlah. Berjalanlah dengan semangat untuk memberi kebahagiaan dalam hati mengikut acuan Allah.

Dekatkanlah dirimu dengan aktiviti-aktiviti keislaman yang lebih jelas jalannya ke SYURGA.

Kerana, matlamat kita adalah SYURGA!

Tidak selamanya Allah kurniakan derita. Di hujung nanti ada kemanisan yang menunggu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.