≡ Menu

Awas! Bantal Busuk Itu Normal, Tetapi Ada Cara Penjagaan Sebetulnya Agar Tidak Memudharatkan

Memiliki bantal busuk bukanlah sesuatu yang asing bagi kanak-kanak. ‘Bantal busuk’ ni tak terhad kepada bantal saja, ada juga kanak-kanak yang jadikan anak patung, selimut atau kain lampin sebagai objek selesa mereka.

Kanak-kanak selalunya susah nak berenggang dengan bantal busuk mereka. Maka jaranglah bantal busuk ni dibasuh. Manakan tidak, ‘hilang’ sekejap je bantal busuk mereka, mulalah anak-anak ini meragam.

Walaupun bantal busuk ni dah cukup umum dalam kalangan kanak-kanak, tapi ia juga boleh memberi dampak buruk kepada kesihatan mereka. Nak tahu lebih lanjut tentang bahaya bantal busuk, ikuti perkongsian doktor kanak-kanak, Dr Redza Zainol di bawah ini.

“Patutlah anak asyik masuk ke wad..”

“Pernah basuh bantal ni?” saya tunjuk pada bantal yang si kecil tengah peluk.

Maknya geleng saja.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Warna bantal tu coklat dan bercapuk. Boleh jadi dah bertahun tak dibasuh. Tak berani saya nak datang dekat, takut tak lalu nak makan malam pula.

Kalau macam ni gayanya, patutlah anaknya asyik masuk ke wad sebab demam dan batuk. Bantal tu dah jadi sarang bakteria.

Selalu juga saya nasihat mak ayah, tak salah nak ada bantal atau selimut busuk. Cuma kenalah basuh selalu.

Bantal busuk selalunya mula ada sejak usia 8 ke 12 bulan. Hanya bersifat sementara. Kanak-kanak boleh mula berenggang dengan ‘bantal busuk’ pada usia dua ke lima tahun.

Bila anak asyik berjauhan dengan mak ayah, si kecil tu sebenarnya rasa tak selesa dan gelisah. Bukan tu je, dia juga akan rasa tertekan bila dijaga oleh penjaga baru selama beberapa jam setiap hari di tempat baru.

Ada satu kajian dibuat, si kecil usia tiga tahun yang diletak di rumah pengasuh selama seharian akan cenderung untuk ada bantal, selimut atau patung busuk berbanding mereka yang cuma pergi selama separuh hari.

Bantal busuk ni sebenarnya mereka gunakan untuk kurangkan rasa tak selamat bila asyik berjauhan dari mak dan ayah.

Bila dapat peluk dan pegang bantal busuk, terus rasa tenang, selesa dan selamat.

Tips ‘pisahkan’ anak dengan bantal busuk

Kalau anak dah umur lima tahun dan masih tak boleh berpisah dengan bantal, patung atau selimut busuk, boleh cuba lima cara ni:

  • Peluklah anak dan beri perhatian setiap hari, supaya anak tak bergantung kepada ‘bantal busuk’ sahaja untuk dapat ketenangan.
  • Tetapkan had. Contohnya, “Harini kita tinggalkan Teddy kat rumah ye, kalau bawak keluar nanti Teddy kotor..”
  • Minta anak tolong jaga ‘bantal busuk’. Contohnya, “Teddy pun kena mandi barulah wangi macam adik..”
  • Jangan melekehkan ‘bantal busuk’ anak.
  • Jangan paksa anak tinggalkan ‘bantal busuk’nya jika dia belum bersedia.

Semoga bermanfaat untuk para ibu bapa di luar sana.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.