
Seorang manusia akan melalui zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa. Badan lelaki dan wanita akan berubah secara drastik pada setiap peringkat.
Kadang-kadang wanita selalu melihat diri mereka dan inginkan dalam bentuk dan saiz tertentu dan agak sukar menerima jika bentuk badan mereka berubah. Ada juga sesetengah wanita yang taksub dengan diri mereka sehingga ianya boleh menjejaskan personaliti secara keseluruhan dan kehidupan.
Berikut adalah beberapa tanda-tanda yang boleh membantu anda untuk mengetahui jika anda taksub dengan penampilan atau tidak?
Jika anda sedang memikirkan mengenai prosedur pembedahan yang dilakukan untuk memperbaiki wajah dan tubuh badan
Semua orang tahu bahawa pembedahan plastik atau satu prosedur pembedahan yang berkaitan agak menyakitkan dan mahal.
Jika anda tidak kisah dan masih mahu untuk berbelanja besar untuk mendapatkan prosedur pembedahan untuk kelihatan lebih cantik maka anda mungkin taksub dengan penampilan anda.
Jika anda memeriksa cermin setiap masa
Cermin adalah kawan baik anda! Tetapi kalau setiap masa pun nak tengok cermin, ini dah bertukar menjadi suatu obsesi.
Jika anda menghabiskan lebih banyak masa di hadapan cermin daripada masa yang digunakan dalam apa-apa aktiviti lain maka anda mungkin taksub dengan penampilan anda.
Jika anda hanya memikirkan tentang penampilan anda di depan rakan-rakan, keluarga dan kekasih
Wanita yang obses terhadap penampilan dirinya hanya berfikir tentang rambut mereka, pakaian dan penampilan keseluruhan tidak kira siapa yang berada di sekeliling mereka

Jika anda diet dan bersenam terlalu banyak
Tiada apa yang salah dalam bersenam secara tetap dan rejim diet yang sihat. Walau bagaimanapun, jika anda bersenam dan tidak makan dengan betul ataupun langsung tidak makan maka anda taksub dengan penampilan anda. Ini hanya akan memberi kehidupan yang tidak sihat.
Jika anda membuat komen negatif tentang badan anda sendiri kepada orang lain
Ini adalah salah satu tanda besar yang menunjukkan obsesi seseorang terhadap penampilan dirinya. Seseorang yang taksub mendapati ia sukar untuk menerima pujian pada penampilannya bahkan sanggup mengkritik penampilan di depan orang sekeliling.
Jika anda timbang berat badan anda setiap hari
Wanita yang obses terhadap penampilan diri mereka biasanya tidak mempunyai rejim diet yang tetap ataupun pergi bersenam. Tetapi mereka masih memeriksa berat badan setiap hari.
Mahu kelihatan teramat kurus
Sesetengah wanita mahu kekal kurus tidak kira apa sebab pun. Mereka juga boleh tidak makan dan berlapar agar mereka kelihatan sekurus mungkin.
Sebenarnya memang perlu untuk mengambil berat akan penampilan diri sendiri, tetapi biarlah berpada-pada. Jangan seksa diri anda untuk kelihatan cantik dan bersyukur dengan apa yang Tuhan dah beri pada anda.
