≡ Menu

Awas, Vertigo Boleh Menyebabkan Kehilangan Pendengaran! Jangan Ambil Mudah

Vertigo illness concept. Man hands on his head felling headache dizzy sense of spinning dizziness,a problem with the inner ear, brain, or sensory nerve pathway.

SEKIRANYA seseorang itu sering berasa diri berpusing-pusing sehingga kehilangan keseimbangan, berhati-hati dengan simptom itu kerana ia mungkin petanda diri diserang simptom vertigo.

Vertigo tidak boleh diabaikan dan dipandang ringan. Ini kerana jika ia kerap berlaku dan berulang-ulang secara tiba-tiba, ia sangat merbahaya kepada kesihatan diri.

Vertigo adalah suatu keadaan yang mana pesakit merasakan pandangan di sekelilingnya berpusing-pusing dan merasakan dirinya turut berpusing sedangkan beliau tidak bergerak sama sekali.

“Vertigo tidak seperti pening biasa kerana simptomnya hanya kepala pesakit menjadi ringan, gelap dan kemudian pengsan. Sebaliknya, simptom vertigo adalah seperti loya, muntah, sakit kepala dan rasa tidak stabil ketika berjalan.

“Lebih teruk mereka yang mempunyai simptom vertigo akan merasakan kepala digerak atau dipusingkan dan jalan tidak seimbang,”

i) Vertigo periferi

Kambing Aqiqah Murah Indonesia
  • Berlaku disebabkan oleh masalah pada bahagian dalam telinga dan saraf yang menghantar maklumat ke otak.
  • Perubahan posisi kepala secara mendadak menyebabkan bahagian dalam telinga tidak berfungsi secara normal.
  • Masalah pada bahagian dalam telinga yang memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan.
  • Keradangan di kawasan dalam telinga yang menyebabkan masalah itu.
  • Pertumbuhan tulang yang tidak normal dalam telinga.ii)
BACA:  Melaksanakan Korban Untuk Orang Lain. Apakah Hukumnya Dalam Islam?

ii) Vertigo berpusat

  • Masalah pada bahagian otak terutamanya bahagian otak kecil (cerebellum) yang mengawal keseimbangan badan.

Fenomena vertigo akan meningkat dengan peningkatan umur. Wanita lebih mudah diserang masalah itu iaitu kira-kira dua hingga tiga kali lebih berbanding lelaki.

“Ia melibatkan 2.5 peratus daripada penduduk umum yang mana satu daripada lima orang dewasa akan terlibat. Pada masa sama, vertigo juga merupakan gejala biasa bagi mereka yang berumur melebihi 65 tahun,” jelasnya lagi.

Di Amerika Syarikat misalnya, satu kajian yang dibuat oleh Universiti Carlifonia San Francisco mendapati, hampir 40 peratus orang dewasa di Amerika Syarikat akan merasai vertigo sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka.

Apa penyebab kepada masalah itu? Ia melibatkan situasi pesakit yang pernah mengalami kecederaan pada kepala, mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai penyakit vertigo, penggunaan ubat-ubatan tertentu dalam jangsa masa panjang dan mereka yang menghidap diabetes.

“Bukan itu sahaja, mereka yang sering mengalami tekanan dan mempunyai masalah jangkitan dalam telinga juga berisiko tinggi diserang vertigo,” katanya.

Adakah vertigo diklasifikasikan sebagai penyakit kronik? Jawapannya, ya.

BACA:  Kerajaan Cadang Kaji Cukai Baru Untuk Bayar Hutang Negara

“Vertigo boleh dikatakan penyakit kronik jika berpunca daripada kategori vertigo berpusat yang mana terkesan dengan kondisi migrain, sklerosis berganda, neuroma akustik, tumor otak dan stok,” tambah beliau.

Bahaya

Mengulas lanjut, pegawai perubatan itu berkata, masyarakat pada hari ini tidak sedar bahawa sakit kepala yang dialami sehingga rasa berpusing dan hilang keseimbangan badan merupakan gejala vertigo.

“Lebih membimbangkan, ramai merasakan situasi itu sebagai remeh sama ada ia hanya berlaku sekali atau merasakan terdapatnya sebab-sebab tertentu sehingga mereka berasa berpusing, loya dan hilang keseimbangan.

“Penting untuk diketahui bahawa, jika keadaan itu dibiarkan, ia boleh membahayakan kesihatan dan diagnosis perlu dilakukan bagi mengenali punca, bahaya dan cara mengubatinya,” katanya sambil memberitahu vertigo akan hilang dan boleh kembali dalam beberapa minit, jam atau beberapa hari.

Justeru, kami menyarankan, agar mereka yang mempunyai simptom yang dinyatakan segera mendapatkan rawatan lanjut di hospital lebih-lebih lagi jika mula menunjukkan perilaku kesukaran untuk bercakap, anggota tubuh badan lemah secara tiba-tiba, penglihatan kabur, pergerakan mata tidak normal, kesukaran berjalan atau demam.

“Vertigo tidak diboleh dianggap penyakit biasa tanpa sebarang rawatan kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.

“Antara kesannya adalah berlaku gangguan pendengaran sehingga dalam sesetengah kes, pesakit akan kehilangan deria pendengaran.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.