≡ Menu

Ayat Lazim Yang Boleh Digunakan Untuk Meruqyah Diri Sendiri. Insya’Allah

Ruqyah pulangkan sihir dan rawatan untuk diri sendiri sangat penting. Ini kerana perbuatan sihir ini memang telah terkenal sejak dahulu kala. Bermacam-macam jenis sihir yang wujud di dunia ini. Bagi mereka yang menghantarnya, mungkin akan menjadi satu kepuasan tanpa memikirkan orang yang menanggungnya. Mereka juga tidak memikirkan apa yang bakal mereka (penghantar) tanggung di akhir hayat atau ketika saat sakratul maut.

Namun selain kita berubat sana-sini, seeloknya kita banyakkan berdoa kepada Allah SWT dan mengamalkan membaca ruqyah. Jangan mengharapkan pengamal perubatan sahaja yang membacanya. Terdapat berbagai cara yang dikongsikan oleh mereka yang prihatin, bagaimana cara untuk memutuskan ikatan sihir dan ada juga berkongsi bagaimana untuk mengembalikannya kepada pemilik asal.

Bagi mereka yang terkena, sudah tentu akan berubat di sana-sini sehingga ada yang berhabis hingga ratusan ribu ringgit. Ada yang terus menerus menanggung derita sehingga akhir hayat. Adalah penting untuk kita belajar kerana ada amalan yang perlu dilakukan itu, tidaklah terlalu susah. Kenapa kita perlu mengambil tahu? Baca sehingga habis artikel ini.

BACA:  7 Dalil Quran Yang Allah SWT Menjaga Hambanya. Subhanallah

Jika ada sesiapa mempunyai niat yang tidak baik kepada kita dan dia menghantar sihir kepada kita, insya Allah, sihir yang dibuatnya, dicarinya akan terkena pada dirinya. Ibarat senjata yang dikirimnya, akan melukai dirinya. Ibarat pnyakit yang dikirimnya akan menyakiti dirinya. Ia juga seolah-olah orang yang menahan perangkap, akhirnya dirinya sendiri yang memasuki perangkap tersebut.

RUQYAH PULANGKAN SIHIR KEPADA PENGHANTAR

Caranya adalah dengan membaca Ruqyah untuk diri kita dengan mengamalkan Surah Az-Zalzalah. Surah ini di dalam Al-Quran adalah surah yang ke 99.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

CARA MERUQYAH

Pertama – baca surah Az-Zalzalah sehingga ayat 6 seperti berikut:

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا

“Yauma Izinyyas Durunnaasu Asytaata
(Ulang Asytaata sehingga cukup 33 kali)

Kedua – setelah selesai membaca Asytaata sebanyak 33 kali, bacalah doa di bawah.

BACA:  Mulut Berbau Ketika Berpuasa? Ini Tips Untuk Mengurangkan Bau Mulut Semasa Berpuasa

Pastikan anda dalam keadaan berwuduk dan mengadap qiblat.

Baca sehingga habis surah Az-Zalzalah. Ulang sebanyak 3 kali dan lakukan seperti di atas.

Sebenarnya anda juga mampu untuk meruqyah diri sendiri

UNTUK MERAWAT SIHIR PADA DIRI DAN KELUARGA

Jika anda tidak mahu membaca ruqyah pulangkan sihir, anda boleh juga membaca untuk merawat diri sendiri atau keluarga. Caranya adalah dengan membaca Surah Al-Zalzalah sebanyak 77 kali selama 7 hari. Setiap kali membacanya, sediakan air di dalam bekas secukupnya. Kemudian disiram di sudut-sudut rumah.

Lakukan dengan penuh keyakinan kepada Allah SWT, insya Allah mudah-mudahan Allah perkenankan usaha anda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.