≡ Menu

Bahan Terlarang Dalam Biskut. Selamatkah Dimakan?

Susulan isu pencemaran bahan karsinogen acrylamide dan glycidol dalam beberapa jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang diwar-warkan baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini tampil memberi kenyataan.

Menurut kenyataan tersebut, laporan berkait pencemaran 60 jenama produk yang dijual di pasaran itu dibuat oleh CHOICE Magazine di laman web Majlis Pengguna Hong Kong. Ia termasuk sebilangan jenama biskut yang dikilangkan di Malaysia iaitu Hup Seng, Jacobs dan Julie’s.

Kedua bahan karsinogen acrylamide dan glicidol ini boleh memberi risiko kepada kesihatan manusia menurut International Agency for Research on Cancer (IARC). Pun begitu, bahan pencemaran tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses yang sesuai.

BACA:  Awas Dengan Kebiasaan Setelah Bangun Tidur Ini! Nampak Macam Biasa, Tapi Tidak Sihat Sebenarnya

“Pemantauan yang dijalankan oleh KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sejak 2015 bagi produk biskut di pasaran tempatan termasuk jenama terlibat, mendapati tahap purata acrylamide adalah 246 µg/kg (mikrogram per kilogram) iaitu di bawah paras (benchmark level) yang ditetapkan oleh European Union (EU) Commission Regulation iaitu 350 µg/kg.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“BKKM turut menjalankan penilaian risiko ke atas acrylamide dan glycidol dalam makanan dan ia menunjukkan risiko kesihatan terhadap acrylamide dan glycidol melalui pengambilan biskut adalah rendah,” jelas Dr Noor Hisham dalam kenyataan akhbar hari ini.

BACA:  [Tazkirah] Ahli Kumpulan Letto Pernah Menjadi Atheist Tetapi Rahmat Allah Lebih Luas

Tambahnya, panduan pencemaran acrylamide dalam produk makanan boleh dirujuk oleh pengguna di laman Facebook rasmi BKKM. Jika terdapat sebarang isu berkait keselamatan makanan, pengguna diminta menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau layari laman Facebook BKKM di pautan ini.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.