≡ Menu

Bahaya Amalan Makan Jeruk Yang Ramai Orang Tak Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jeruk ni kalau diikutkan hampir semua golongan yang gemarkan, tak kira lelaki atau perempuan. Tapi biasanya ibu yang mengandung pada trimester pertama selalu menjadikan jeruk sebagai makanan penahan loya.

Namun, tahukah anda bahawa makanan jeruk yang biasanya daripada buah-buahan lebih banyak memberi kemudaratan kepada tubuh badan kita?

Bahaya Makanan Jeruk

Di antara keburukan makanan jeruk ialah:-

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

1) Zat Hilang

Vitamin yang sepatutnya ada di dalam buah-buahan jeruk telah terhakis ekoran daripada proses pengawetan atau menjeruk yang berpanjangan.

2) Gula dan Garam Berlebihan

BACA:  Pemberian Sampel Percuma Susu Formula Bayi. Ini Yang Kita Perlu Tahu

Makanan jeruk selalunya mengandungi gula dan garam yang berlebihan dan boleh mengakibatkan penyakit-penyakit berbahaya kepada kesihatan.

3) Bahan Berbahaya

Sesetengah pengilang menggunakan formalin iaitu bahan pengawet mayat untuk menjeruk makanan atau buah-buahan.

Ada juga yang menggunakan bahan pengawet asid benzoik secara berlebihan.

Selain daripada itu, kebanyakan jeruk yang diawet turut mengandungi bahan pewarna tambahan yang berlebihan.

4) Kesan Terhadap Kesihatan

Bahan formalin ini juga menjadi punca meningkatnya risiko mendapat kanser.

Selain daripada itu, makanan jeruk juga boleh menyebabkan alahan, kecacatan bayi dan kurang daya imun.

Asid di dalam jeruk pula boleh merosakkan hati dan jantung.

Manakala gula dan garam yang berlebihan boleh mengundang penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi.

BACA:  Anda Akan Berhadapan Dengan 5 Simptom Ini Jika Liat Makan Sayur Dan Buah-Buahan

Tips Pengganti Jeruk

Bagi mereka yang ingin membuka selera atau yang ingin mengurangkan loya, boleh menggantikan makanan jeruk dengan yogurt. Yogurt sangat baik kerana mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak yang baik.

Selain itu, rojak buah juga boleh menjadi alternatif terbaik pengganti jeruk kerana kaya dengan vitamin, mineral, serat dan zat-zat lain.

Bagi ibu yang mengalami morning sickness pula, boleh mencuba Peppermint Ginger Plus untuk mengurangkan rasa loya.

Sumber: http://www.myliferia.com/bahaya-makanan-jeruk/

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.