Menghabiskan waktu dengan duduk sepanjang hari memang kedengaran seperti sesuatu hal yang menyoronokkan. Kita tidak perlu mengeluarkan banyak tenaga seperti ketika kita berdiri atau bergerak. Kadang-kadang, tuntutan pekerjaan juga membuat banyak orang menghabiskan waktu seharian mereka untuk duduk di meja kerja. Sayangnya, penelitian menunjukan terlalu banyak duduk boleh meningkatkan berbagai masalah kesihatan.
Memetik kenyataan Mayo Clinic, terlalu banyak duduk boleh memicu ke arah obesiti, peningkatan tekanan darahh, kadar gula dan pengumpulan kolesterol. Yang lebih parah, terlalu banyak duduk boleh meningkatkan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dan kanser. Secara terperinci, berikut beberapa kesan negatif jika terlalu banyak duduk.
1. Melemahnya otot kaki dan gluteal
Duduk dalam waktu yang lama dapat menyebabkan kelemahan dan kehilangan massa otot besar serta otot gluteal. Walhal, otot besar penting untuk berjalan dan menstabilkan tubuh. Jika otot-otot ini lemah, kita mudah jatuh dan mengalami kram ketika berolahraga.
2. Meningkatkan kecederaan pada punggung
Duduk dalam waktu lama juga akan menyebabkan masalah pada punggung, terutama jika anda terus-menerus duduk dengan postur yang buruk. Postur tubuh yang buruk juga dapat mengganggu kesihatan tulang belakang seperti menjadi pencetus pada tekanan cakera tulang belakang yang menyebabkan kemerosotan dan kesakitan pramatang.
3. Meningkatkan risiko kanser
Kajian membuktikan lelaki yang menonton television lebih dari 23 jam seminggu memiliki risiko 64 peratus lebih tinggi meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular berbanding dengan lelaki yang hanya menonton television 11 jam seminggu. Beberapa penelitian juga membuktikan orang yang duduk dalam waktu lama memiliki risiko 147 peratus lebih tinggi untuk terkena serangan jantung atau strok.
4. Mencetuskan urat varikos
Duduk dalam waktu lama dapat menyebabkan varikos. Hal ini kerana, duduk menyebabkan darah terkumpul pada kaki. Varikos biasanya tidak berbahaya. Namun, boleh menjadi punca masalah serius seperti trombosis urat dalam.
5. Meningkatkan obesiti
Menggerakkan otot membantu tubuh mencerna lemak dan gula yang kita amalkan. Oleh itu, menghabiskan waktu terlalu lama untuk duduk mengakibatkan pencernaan tidak bekerja dengan berkesan. Akibatnya, lemak dan gula di tubuh tidak mampu dicerna dengan maksimum yang akhirnya menjadi punca obesiti.