
Teh merupakan minuman harian untuk sesetengah rakyat Malaysia dan sudah menjadi minuman sehari-hari. Saat cuaca dingin menyerang teh menjadi solusi untuk menghangatkan badan. Ketika terik menyerang teh juga akan menjadi solusi pelepas dahaga. Malah, teh juga menjadi minuman pilihan banyak orang usai menyantap makanan utama.Namun, tahukah anda mengamalkan teh berlebihan boleh mencetus masalah kesihatan? Berikut berbagai kesan sampingan jika mengamalkan teh berlebihan.
1. Menghalang penyerapan zat besi
2. Meningkatkan tahap pergantungan pada kafein
Kafein adalah stimulasi yang boleh mencetus ketagihan jika diamalkan secara berlebihan. Ketika tidak mendapatkan kafein, kita boleh mengalami gejala penarikan seperti sakit kepala, cepat marah, degupan jantung meningkat dan keletihan.

3. Pedih ulu hati
Kafein dalam teh dapat menyebabkan heartburn atau memburukkan lagi gejala refluks asid yang sedia ada. Penelitian menunjukkan bahawa kafein dapat mengendurkan sfinkter yang memisahkan kerongkong dengan perut. Hal ini boleh membuat acid yang menyebabkan gastrik naik ke kerongkong. Kafein juga dapat menyumbang pada peningkatan penghasilan asid gastrik.
4. Komplikasi kehamilan
Teh mengandungi kafein. Jika diamalkan secara berlebihan boleh meningkatkan risiko komplikasi, seperti keguguran dan bayi lahir dengan berat badan rendah. Untuk mencegah hal tersebut, ibu hamil disarankan mengambil kafein maksimum 200-300 miligram setiap hari.
5. Mual
