
Hukum mengankat tangan dengan tapak tangan adalah sunnah kerana hadith-hadith yang datang pada menyebut perkara ini. Antaranya :
عن أبي موسى الأشعري : دعا النبي صلى الله عليه وسلم ثم رفع يديه
artinya : Dari Abi Musa As’ary r.a. katanya : Telah berdoa olih Nabi saw dan baginda mengankat kedua tangannya. (Hadith Bukhari)
Dalam perisitiwa solat minta hujan Nabi saw telah membalikkan tapak tangannya ketika memohon doa.
Dari Anas bin Malik r.a. :
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَسْقَى، فَأَشَارَ بِظَهْرِ كَفَّيْهِ إِلَى السَّمَاءِ
artinya : “Bahwasanya Nabi saw telah melakukan solat minta hujan, lalu baginda menunjuk dengan kedua belakang tangannya mengahadap ke arah langit.”(Hadith Muslim)
Berkata Imam Nawawi :
قوله إن النبي صلى الله عليه وسلم استسقى فأشار بظهر كفيه إلى السماء قال جماعة من أصحابنا وغيرهم السنة في كل دعاء لرفع بلاء كالقحط ونحوه أن يرفع يديه ويجعل ظهر كفيه إلى السماء
artinya : “Perkataannya ‘bahawasanya Nabi saw solat minta hujan dan menunjukkan dengan belakang dua tapak tangan kepada langit’ telah berkata ulama-ulama kami dan selain mereka itu sunnah pada setiap doa meminta jauh dari bala dan malapetaka bahawa seorang itu mengankat dua tanganya dan menjadikan bahagian belakang kedua tapak tangan mengadap langit.” (Syarah Sahih Muslim)
Berkata Al-Hafiz Ibn Hajar :
قال العلماء السنة في كل دعاء لرفع البلاء أن يرفع يديه جاعلا ظهور كفيه إلى السماء وإذا دعا بسؤال شيء وتحصيله أن يجعل كفيه إلى السماء انتهى
artinya : “Berkata para ulama sunnah pada setiap doa meminta dijauhkan malapetaka bahawa mengangkat tangan yang berdoa dijadikan belakang dua tapak tangannya ke langit dan ketika berdoa sesuatu yang dimahunya dijadikan dua tapak tangannya ke langit.” ( Fathul Baari Syarah Sahih Bukhari )
Berkata Imam Ahmad :
ﺣﺪﺛﻨﺎ ﺧﻼﺩ ﺑﻦ اﻟﺴﺎﺋﺐ اﻷﻧﺼﺎﺭﻱ ﺃﻥ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻛﺎﻥ اﺫا ﺳﺄﻝ ﺟﻌﻞ ﺑﺎﻃﻦ ﻛﻔﻴﻪ اﻟﻴﻪ ﻭاﺫا اﺳﺘﻌﺎﺫ ﺟﻌﻞ ﻇﻬﻮﺭﻫﺎ اﻟﻴﻪ
Artinya : Telah menceritakan kepada kami olih Khallad bin Saaib bahawa Nabi saw jika berdoa, maka Nabi menjadikan bahagian dalam tangannya (menghadap) ke atas. Dan jika Nabi minta perlindungan maka Nabi menjadikan bagian luar tangannya (menghadap) ke atas.”
Berkata Al-Hafiz Al-Haithami isnadnya hasan dengan periwayatan mursal.
Kesimpulan
Berdoa sangat dituntut olih agama dan sunat mengankat tangan ketika berdoa.
Jika berdoa tidak mengankat tangan tidaklah menjadi satu kesalahan.
Jika berdoa meminta sesuatu maka sunat dijadikan tapak tangan hala ke atas.
Jika berdoa memohon perlindungan dari bala atau malapetaka sunat dijadikan belakang tapak tangan hala ke atas samada pada doa solat meminta hujan atau lainnya manakala setengah ulama mengatakan hanya solat minta hujan dibalikkan tangan ketika berdoa.
Jika meminta perlindungan dari bala atau malapetaka tetapi tapak tangan tidak dibalikkan maka tidaklah menjadi kesalahan.
Wallahua’lam
