≡ Menu

Baliklah Ke Rumah Sebelum Maghrib. Hadis Ini Menjelaskan Mengapa Kita Perlu Seboleh-Bolehnya Mengelak Dari Keluar Pada Waktu Maghrib

Pesanan balik rumah sebelum maghrib sering disebut oleh ibu ayah kita. Mereka juga memesan agar menutup pintu dan tingkap sebelum maghrib menjengah. Kalau orang dulu-dulu, memang pantang kalau melihat masih ada lagi anak kecil atau orang ramai bermain di luar pada waktu maghrib.

Sebenarnya, ada sebab mengapa mereka terlalu menitikberatkan perkara ini. Ikuti perkongsian Ustazah Asma Harun yang telah mengulas lanjut tentang ‘balik rumah sebelum maghrib.’

SEBAB KENAPA ORANG TUA SELALU PESAN BALIK RUMAH SEBELUM MAGHRIB

Sebenarnya ungkapan mereka adalah berasas di dalam agama kita. Daripada Jabir r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا كَانَ جُنْحُ اللَّيْلِ، أَوْ أَمْسَيْتُمْ، فَكُفُّوا صِبْيَانَكُمْ، فَإِنَّ الشَّيَاطِينَ تَنْتَشِرُ حِينَئِذٍ، فَإِذَا ذَهَبَتْ سَاعَةٌ مِنَ اللَّيْلِ فَخَلُّوهُمْ، وَأَغْلِقُوا الأَبْوَابَ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَفْتَحُ بَابًا مُغْلَقًا

Maksudnya: “Apabila kegelapan malam menjelma atau apabila sudah lewat petang, maka tahanlah anak-anak kamu. Ini kerana, pada waktu itu syaitan berkeliaran. Apabila telah berlalu beberapa ketika daripada malam, biarkanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu serta sebutlah nama Allah kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup.” (HR al-Bukhari dan Muslim, hadis sahih)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

 

Daripada hadis ini, ada 3 pesanan yang Nabi Muhammad SAW ingin sampaikan kepada kita :

1. Tahanlah anak-anak ketika maghrib daripada berada di luar rumah.

2. Tutuplah pintu-pintu rumah.

3. Sebutlah nama Allah.

Subhanallah. Bukan sengaja ibu ayah kita dahulu berpesan. Pasti ada sebab dan alasannya.

BACA:  Musibah Mengajar Kita Agar Sabar, Tabah Dan Redha. Besar Ganjaran Jika Kita Berjaya Hayati Sifat Mahmudah Ini

Saya ingin kongsikan doa yang sangat bagus untuk diamalkan bagi mengelak daripada gangguan syaitan. Doa ini adalah petikan daripada Surah al -Mukminun ayat 97 dan 98.

رَّبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَٰتِ ٱلشَّيَٰطِينِ

Maksudnya : “Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau dari bisikan-bisikan syaitan”.

وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَن يَحْضُرُونِ

Maksudnya : “Dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, dari kedatangan mereka kepadaku” (Surah al-Mukminun: 97-98)

 

Doa ini tidaklah terikat pada sesuatu masa untuk dibaca. Ia boleh diamalkan pada bila-bila masa agar dijauhi daripada syaitan.

Semoga kehidupan kita semua sentiasa di dalam perlindungan Allah SWT.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.