Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa itu mandi herba? Disini saya kongsikan sedikit petua, kebaikan dan cara penyediaan megenai mandi herba khas buat wanita yang baru saja lepas bersalin. Banyak khasiat yang terkandung dalam dedaun semulajadi dan memberi banyak manfaat.
Penyediaan Mandian Herba
Bahan-bahan mandian herba
- Daun limau purut
- Daun senduduk
- Daun kunyit
- Daun lengkuas
- Daun inai
- Serai wangi
- Daun pandan
- Daun halia
- Pucuk jambu batu
- Daun serai
Cara penyediaan mandian herba
- Masak menggunakan periuk tanah untuk hasil yang terbaik.
- Basuh bersih bahan-bahan yang telah disediakan dan jerang bersama air diatas api yang sederhana,
- Setelah selesai campurkan sedikit air paip bagi tujuan menurunkan suhu air rebusan tadi sehingga menjadi suam-suam kuku sahaja.
Cara Mandi Herba
- Ambil air rebusan tadi ulang semula jirusan dari kaki kanan hingga ke bahu kanan dan diulang ke belah kiri selepas itu barulah mandi seperti biasa mengunakkan air rebusan tadi ke keseluruhan badan tanpa bilas bagi mengekal kan kesegaran khasiat dedaun itu.
Kebaikan Mandi Herba
- Dapat mengeluarkan angin di dalam badan.
- Mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.
- Aroma terapi kerana baunya yang segar
- Menghilangkan bau badan
- Melancarkan peredaran darah
- Memulihkan tenaga
- Antiseptik secara semulajadi
Kesimpulannya , setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu.