
Selain daripada yang lain, barli adalah sejenis bijirin yang bagus dimakan dan mengandungi pelbagai nutrisi yang berikan manfaat kepada tubuh.
Berbanding nasi, anda boleh menggantikannya dengan pengambilan barli. Ini kerana ia mengandungi jenis serat beta-glucan dan bantu dalam kurangkan risiko obesiti dan kompilasi seperti strok, diabetes dan penyakit kardiovaskular. Jadi ini manfaat lain yang anda perlu tahu tentang barli.
Kolestrol
Menggantikan beras kepada barli dalam diet anda boleh mengurangkan tahap kolestrol dalam darah dan dapat mengurangkan risiko masalah sakit jantung. Ini kerana penyerapan serat beta-glucan dalam beras barli dapat mengurangkan penyerapan kolestrol daripada makanan ke perut dan usus.
Jantung
Tahap kolestrol dalam darah dapat direndahkan serta mencegah keradangan dan meminimakan proses pengoksidan. Secara tidak langsung, penyumbatan saluran arteri atau atherosclerosis dapat diatasi.
Sistem Penghadaman
Bersifat akali dan bagus untuk pesakit gastrik, barli mengandungi banyak serat yang menjadi sumber pribiotic. Elektrolit yang seimbang dalam air barli sangat bagus untuk mereka yang menghadapi cirit-birit.
Berat Badan
Mengelakkan daripada rasa cepat lapar, barli yang kaya dengan serat terutamanya beta-glucan boleh memberikan rasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Baik untuk sistem penghadaman dan badan, menggantikan nasi dengan barli dapat menurunkan berat badan.
Diabetes
Pesakit diabetes boleh menggantikan nasi kepada barli. Ini kerana barli mengandungi fiber yang tinggi dan kandungan serat beta-glucan yang membuatkan penyerapan gula daripada makanan menjadi lambat. Barli juga mempunyai nilai Index Glisemik yang rendah iaitu 45 berbanding dengan beras putih 75.
Anda boleh gantikan bari dalam diet harian anda dengan mempelbagaikan cara masakan atau resepi untuk manfaatnya kepada badan.
Selamat mencuba!
