≡ Menu

Benarkah Kunyit Boleh Merawat dan Mencegah Kanser?

1. Kunyit atau nama saintifiknya, Curcuma longa diketahui mengandungi sebatian kimia dari jenis diarylheptanoid, seperti kurkumin dan derivatifnya. Kunyit dikatakan mempunyai khasiat perubatan kerana kehadiran sebatian kimia kurkumin.

2. Kurkumin aktif merencat pertumbuhan pelbagai jenis sel kanser dalam kajian in vitro (sel kanser manusia) dan in vivo (ke atas tikus) antaranya kanser payudara, kanser hati, kanser perut dan kanser serviks [2-5].

3. Dalam satu kajian farmakologi terhadap formulasi kurkumin terhadap tikus, dos 10 mg/kg berat tikus dikenalpasti sebagai efektif mengecilkan saiz tumor [6]. Untuk seorang dewasa yang mempunyai berat badan 50 kg, sebanyak 500 mg kurkumin diperlukan untuk memberikan kesan antikanser.

4. Namun begitu, terdapat TIGA SEBAB pengambilan kunyit atau ekstrak yang mengandungi tinggi kandungan kurkumin tidak akan membverikan kesan yang sama seperti yang dilaporkan dalam kajian in vitro dan in vivo.

5. PERTAMA, dalam 1 kg kunyit mentah, terdapat sekitar 2-3% sebatian terbitan kurkumin. Ini bermaksud, terdapat 2g kurkumin derivatives dalam setiap 1 kg kunyit mentah [1]. Untuk membolehkan pengambilan curcumin yang mencukupi untuk merawat, anda perlu makan sekurang-kurangnya 1-2 kg kunyit sehari. Namun, kandungan sebatian kimia lain dalam kunyit boleh memberikan kesan sampingan jika diambil dalam kuantiti besar untuk tempoh yang lama. Jika kita perlu makan pagi dan petang, kita memerlukan sekilo kunyit mentah untuk mendapatkan kesan tersebut. Untuk rawatan 10 hari, kita memerlukan 5kg kunyit untuk berkesan.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

6. KEDUA, kurkumin adalah sejenis sebatian kimia yang rendah bioavailabilitinya [6]. Maksudnya kalau kita makan kunyit, kurkumin dalam kunyit mudah tercerna dan tidak kekal dalam struktur asal dan tidak sampai ke organ sasaran. Akibatnya, segala keputusan positif curcumin dalam ujian dalam makmal tidak bermakna kerana ia sebenarnya tidak memberi gambaran sebenar sistem pencernaan manusia. Sebab itulah pentingnya pengujian ke atas model haiwan dan seterusnya ujian klinikal ke atas manusia.

7. KETIGA, kurkumin dikategorikan sebagai pan-assay interference compounds (PAINs), iaitu sebatian yang memberikan false positive results terhadap saringan ujian biologi [9], dimana kurkumin melalui tidakbalas kimia yang tidak khusus terhadap sesuatu enzim. Oleh itu, sehingga hari ini, kurkumin masih belum diluluskan sebagai ubat (drug). Namun, kurkumin masih digunakan sebagai supplement di beberapa negara.

8. Dakwaan kunyit mampu merawat kanser ada asasnya, tetapi bukan dalam bentuk jus atau jamu. Kajian demi kajian sedang dilakukan terhadap kurkumin yang diformulasi supaya sampai ke sel kanser sasaran serta dalam bentuk ubat intravena [7].

9. Ini kerana pengambilan kunyit mentah yang terlalu tinggi boleh membebankan hati dan buah pinggang kerana terdapat sebatian kimia yang lain di dalam kunyit mentah.

10. Terdapat dakwaan bahawa penggunaan kurkumin dalam ujian klinikal ke atas manusia boleh mendatangkan kecederaan hati. Namun dakwaan ini masih belum pasti kerana terdapat kajian yang lain mengatakan ia selamat sehingga dos 8000 mg sehari bersamaan 8g [8].

12. Walaubagaimanapun, struktur kimia sebatian kurkumin adalah unik, dimana ia masih boleh menjalani proses modifikasi dan pengoptimuman, iaitu dengan menghasilkan sebatian terbitan kurkumin sintetik. Kajian masih giat dijalankan sehingga hari ini untuk menghasilkan terbitan kurkumin sintetik yang boleh dikategorikan atau dilluluskan sebagai ubat (drug) [6].

13. Adakah curcumin tidak berguna? Eh tidak. Kajian demi kajian rancak dijalankan seluruh dunia untuk modifikasi sebatian curcumin supaya halangan di atas dapat di atasi.

14. Bahaya ke tak makan kunyit ni? Eh tak bahaya. Setakat masak lemak, ulam dan gaul dengan ayam untuk goreng. Saya suka makan ayam goreng kunyit. Pengambilan dalam diet orang Malaysia sudah cukup untuk mendapat khasiat phytonutrient dalam kunyit.

15. Oleh itu, dapatkanlah rawatan daripada pakar perubatan dan tidak melengahkan rawatan kerana ingin mencuba kunyit kerana belum ada keputusan yang konkrit mengenai kejayaan jus kunyit merawat kanser kepada manusia. Makanlah secara sederhana. InsyaAllah, suatu hari nanti akan ada ubat kanser yang berkesan dari sebatian kurkumin.

Sekian, semoga bermanfaat.

Dr Che Puteh Osman
PhD (Natural Product chemistry)

Dr MFFM Aluwi
PhD (Medicinal Chemistry)

Rujukan

[1] Li, Shiyou; Yuan, Wei; Deng, Guangrui; Wang, Ping; Yang, Peiying; and Aggarwal, Bharat, “Chemical composition and product quality control of turmeric (Curcuma longa L.)” (2011). Faculty Publications. Paper 1. http://scholarworks.sfasu.edu/agriculture_facultypubs/1

[2] Abdel-Lateef, E., Mahmoud, F., Hammam, O., et al. (2016). Bioactive chemical constituents of Curcuma longa L. rhizomes extract inhibit the growth of human hepatoma cell line (HepG2). Acta Pharmaceutica, 66(3), pp. 387-398. Retrieved 22 Nov. 2017, from doi:10.1515/acph-2016-0028

BACA:  [Hadis] Sebenarnya "Stay At Home" Itu Disarankan Oleh Islam Sejak Dari Zaman Nabi Lagi. Subhanallah

[3]Yuqi Sun, Jie Zhang, Jiaying Zhou, Ziyuan Huang, Haiyang Hu, Mingxi Qiao, Xiuli Zhao, Dawei Chen, Synergistic effect of cucurbitacin B in combination with kurkumin via enhancing apoptosis induction and reversing multidrug resistance in human hepatoma cells, In European Journal of Pharmacology, Volume 768, 2015, Pages 28-40, ISSN 0014-2999, https://doi.org/10.1016/j.ejphar.2015.10.003.

[4] Devbrat Kumar, Soumya Basu, Lucy Parija, Deeptimayee Rout, Sanjeet Manna, Jagneshwar Dandapat, Priya Ranjan Debata, Kurkumin and Ellagic acid synergistically induce ROS generation, DNA damage, p53 accumulation and apoptosis in HeLa cervical carcinoma cells, In Biomedicine & Pharmacotherapy, Volume 81, 2016, Pages 31-37, ISSN 0753-3322, https://doi.org/10.1016/j.biopha.2016.03.037.

[5] Alibeiki, F., Jafari, N., Karimi, M., & Peeri Dogaheh, H. (2017). Potent anti-cancer effects of less polar Kurkumin analogues on gastric adenocarcinoma and esophageal squamous cell carcinoma cells. Scientific Reports, 7(1), 2559. doi:10.1038/s41598-017-02666-4

[6] Mohd Fadhlizil Fasihi Mohd Aluwi, Kamal Rullah, Bohari M. Yamin, Sze Wei Leong, Mohd Nazri Abdul Bahari, Sock Jin Lim, Siti Munirah Mohd Faudzi, Juriyati Jalil, Faridah Abas, Norsyahida Mohd Fauzi, Nor Hadiani Ismail, Ibrahim Jantan, Kok Wai Lam, Synthesis of unsymmetrical monocarbonyl kurkumin analogues with potent inhibition on prostaglandin E2 production in LPS-induced murine and human macrophages cell lines, Bioorganic & Medicinal Chemistry Letters, Volume 26, Issue 10, 15 May 2016, Pages 2531-2538, ISSN 0960-894X, https://doi.org/10.1016/j.bmcl.2016.03.092.

[7] Hong, J., Liu, Y., Xiao, Y., Yang, X., Su, W., Zhang, M., . . . Wang, X. (2017). High drug payload kurkumin nanosuspensions stabilized by mPEG-DSPE and SPC: in vitro and in vivo evaluation. Drug Delivery, 24(1), 109-120. doi:10.1080/10717544.2016.1233589

[8] Nita Chainani-Wu. Safety and Anti-Inflammatory Activity of Kurkumin: A Component of Tumeric (Curcuma longa). The Journal of Alternative and Complementary Medicine. July 2004, 9(1): 161-168.https://doi.org/10.1089/107555303321223035

[9] Jonathan Baell, Michael A. Wlaters. Chemistry: Chemical con artist foil drug discovery. Nature. 513, 481-483, doi:10.1083/513481a

Imej dari http://urbangyal.com

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.