≡ Menu

Benarkah Tidak Memakai Seluar Dalam Lebih Sihat? Sebenarnya Macam Ini

SEBELUM memakai baju, kita biasanya akan memakai pakaian dalam terlebih dahulu. Ia sudah menjadi kebiasaan malah ada sesetengah orang tetap memakainya ketika tidur.

Namun ada juga yang memilih untuk tidak memakai pakaian dalam kerana kononnya ia lebih sihat?

Menurut kajian, kita sebenarnya memang tak disarankan untuk memakai pakaian dalam terutamanya ketika tidur bagi menjamin kesihatan alat kelamin.

Bagi wanita, terdapat kebaikan tidak memakai seluar dalam ketika tidur terutamanya bagi yang menghidap vulvitis kronis iaitu keadaan di mana terdapat keradangan pada lipatan luar vagina atau vaginitis kronis (keradangan vagina).

Ini kerana, jika memakai seluar dalam, mereka sangat terdedah kepada jangkitan bakteria, kegatalan. Harus difahami bahawa, bakteria senang berkembang ditempat yang gelap, hangat dan lembap.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Tidak memakai seluar dalam ketika tidur dapat menjadi salah satu cara menjaga kebersihan alat kelamin. Mungkin ada yang tak biasa tetapi itu yang terbaik untuk zakar dan vagina kita.

Namun itu bukanlah bererti kita tak perlu pakai seluar dalam ketika keluar rumah, sebaliknya cuba cari fabrik yang menyerap udara dan peluh.

Tidak memakai seluar dalam ketika tidur dapat memberikan kelegaan yang tersendiri, malahan enurut pakar perubatan, Dr. Jamin Brahmbhatt, tiada alasan tertentu dalam bidang perubatan yang mewajibkan kita memakai pakaian dalam.

BACA:  5 Tahun Pertama Perkahwinan. Ujian Dan Cabaran Yang Suami Perlu Peka.

Bagi kaum lelaki, tiada manfaat kesihatan menggunakan atau tidak seluar dalam meskipun ada kajian mengatakan pemakaian seluar dalam ketat dalam meningkatkan suhu pada testis yang dikaitkan dengan kualiti sperma.

Bagaimanapun perkara itu masih lagi dalam kajian.

Bagaimanapun, atas alasan kesopanan dan penampilan diri, sebaik-baiknya kaum lelaki pakailah seluar dalam ketika keluar rumah agar tidak menjadi perhatian orang lain.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.