≡ Menu

“Benarlah, Doa Ibu Tiada Hijabnya,” Gadis Ini Dapat Tawaran 3 Kerja Lepas Menangis Depan Ibu

Benarlah, Doa Ibu Tiada Hijabnya

Kasih sayang seorang ibu tiada tandingannya. Keberkatan seorang anak itu terletak pada seorang ibu. Kuasa seorang ibu itu sangat luar biasa dan keberkatan ibu itu terletak pada doanya.

Seperti mulianya taraf seorang ibu, begitulah juga mulianya doa mereka di sisi Allah SWT. Umum mengetahui, doa ibu antara doa yang akan diangkat dan mustajab doa adalah daripada insa yang bernama ibu.

Apa yang menyentuh hati ramai pengguna Twitter hari ini adalah melalui perkongsian seorang insan yang bergelar anak mendapat tawaran pekerjaan sebanyak tiga ‘offer’ setelah memohon untuk ibunya berdoa. Allahu.

“Baru-baru ni aku nangis depan mak aku mengadu yg aku dah putus asa nak cari kerja di tempat baru ni, hari2 cuba tapi tak ada juga rezeki…”

Doa Ibu Tiada Hijabnya

Rasa macam magic.

Tiba-tiba ada call sekali 3 offer. Termenung kejap. Rasa macam lajunya doa mereka sampai dan dimakbulkan! Sebak terus rasa bila bagitau kat mama babah and diaorang cuma cakap “baguslah sebab tak putus asa awal. Kerja elok elok. Mama bah sentiasa doakan”.

I know sebenarnya itu hasil doa dari kalian. Terima kasih mama babah sebab always selamatkan I dunia akhirat dengan doa. Kalian sajalah harta dunia akhiratku.

Bagi mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu bapa sudah tiada, janganlah bersedih. Inilah masanya untuk kalian balas jasa mereka dengan sentiasa menghadiahkan doa dan ziarah kubur mereka. Semoga kalian bertemu dan bersatu kembali di syurga Allah satu hari nanti.

Rata-rata netizen juga menyokong dan berkongsi pengalaman yang sama. Benar, doa seorang ibu itu tersangat agung, tiada siapa yang boleh menidakkan hal ini.

Kalau kita rasa loser, cuna minta maaf dan minta mak doakan kita… doa mak antara yang terpenting dalam diri kita.

Doa Ibu Tiada Hijabnya

Urusan aku smooth je, sekarang saya happy dapat tolong diorang.

Doa Ibu Tiada Hijabnya

Ya Allah ye, haritu menangis sebab time final tak masuk apa pun bila baca, then minta mak doakan..masuk dewan boleh je jawab

Doa Ibu Tiada Hijabnya Doa Ibu Tiada Hijabnya

Bagi insan yang sudah tiada ibu dan ayah, janganlah bersedih, pasti ada hikmah semua yang berlaku. Semoga kita semua berjumpa di Syurga Allah.

Sumber: Syeerazak

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.