≡ Menu

Bencana Palu: Upacara ritual Balia jadi punca?

SULAWESI: Upacara ritual Balia (tolak bala) yang ditampilkan dalam Festival Palu Nomoni didakwa antara punca turunnya bencana dahsyat di kawasan berkenaan.

Menurut penduduk tempatan Dahlan Bali, 30, ritual yang dilakukan sejak tiga tahun itu dilakukan secara besar-besaran sebelum ‘bencana menjemput’.

“Sebelum kejadian gempa dan tsunami, masyarakat di sana meraikan dan menjalankan acara balia iaitu satu upacara menolak bala yang dilakukan di pantai.

“Acara balia ini iaitu ‘memberi makan’ kepada penjaga laut…mereka menyediakan haiwan sembelihan seperti kerbau atau lembu serta memberi sajian buah-buahan serta pulut kuning,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya, upacara ritual ini sebelum ini pernah diharamkan oleh seorang ulama sejak 1930-an dahulu, namun dihidupkan semula sejak tiga tahun lalu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Mula-mula dihidupkan acara itu sudah berlaku sedikit bencana, masuk tahun kedua bencana makin besar dan menjelang tahun ketiga iaitu tahun ini paling besar dan dahsyat,” katanya.

BACA:  Amalkan Surah Al-Waqiah. Ini Keistimewaan Surah Al-Waqiah Yang Diriwayatkan Rasulullah!

Difahamkan ritual ini dihidupkan semula oleh pemerintah Sulawesi bagi menggalakan semula sektor pelancongan dan menjadikan ia sebagai satu objek wisata di Palu.

Memetik laporan media tempatan, Wali Kota Palu, Sulawesi Tengah, Hidayat berkata ritual Balia yang diadakan dalam Festival Palu Nomoni merupakan upacara adat.

Tegasnya, tiada sedikit pun ada unsur pemujaan syaitan.

Beliau turut membidas dakwaan sesetengah pihak kepadanya yang mendakwa bahawa keterlibatan beliau dalam festival itu telah ‘mengundang’ bencana gempa dan tsunami di kota Palu.

Mengulas lanjut perkara ini, Dahlan melahirkan rasa sedih dek kerana antara mereka yang melakukan ritual ini adalah orang Islam.

“Ini upacara tradisional yang mengandungi amalan syirik, sedih sekali,” katanya.

BACA:  Sedih? Diduga Dalam Kehidupan? Ingatlah Ada Rahmat Disebalik Dugaan

Justeru itu katanya, ketika ini bagi membetulkan ‘apa yang salah’ di sana, golongan agamawan turun bagi memperbetulkan akidah mereka.

“Kini golongan pendakwah ramai yang turun dan mereka giat menyebarkan ajaran Islam yang sebenar.

“Dan ada antara mereka juga yang tinggal di sana untuk sentiasa mengajak masyarakat di sana kembali ke jalan sebenar, dan ada antara mereka yang tiap kali masuk waktu solat sahaja mereka akan panggil masyarakat untuk solat berjemaah,” katanya.

Dalam pada itu mengimbas kembali kejadian bencana dahsyat itu, Dahlan berkata, sebelum kejadian ada juga segelintir masyarakat yang mengadakan pesta.

“Mungkin ini petunjuk daripada Allah, ada hikmah apa yang berlaku,” katanya.

Sumber: Astro Awani

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.