≡ Menu

Berbasikal Melebihi 5 Jam Seminggu Bersiko Merosakkan Sperma. Baca Lebih Lanjut

Semakin banyak dan ramai nampaknya dalam kalangan rakyat kita yang terjebak dengan aktiviti berbasikal. Mana tidaknya, aktiviti ini sudah menjadi ikut-ikutan dan trending pada hari ini, boleh dikatakan semua golongan tanpa mengira usia menyukainya.

Namun tahukah anda, di sebalik keseronokan ini, sebenarnya ada satu risiko kesihatan berbahaya yang menanti golongan lelaki secara tidak sedar. Aktiviti berbasikal boleh menjadi punca kepada kerosakan dan kecacatan sperma di dalam air mani, dan ianya berkaitan dengan haba panas yang terhasil ketika aktiviti tersebut dijalankan. Jom baca penjelasan oleh pengamal perubatan reproduktif dan seksual, Dr. Ahmad.

BERBASIKAL BOLEH CACATKAN SPERMA?
Jangan terkejut, apa yang ditunjukkan ini ialah keadaan sperma yang cacat dan tidak normal.

APA KAITAN HABA PANAS DENGAN KESIHATAN SPERMA?
Menurut Dr. Ahmad, kesan haba kepada testis sememangnya jelas mengakibatkan kerosakan sperma daripada segi bilangan, bentuk dan pergerakannya. Jelasnya, apa juga sumber haba seperti cuaca panas, pekerjaan dan aktiviti yang terdedah dengan haba seperti sauna akan memberikan impak yang sama.

BACA:  Minyak Ikan Omega-3 Bantu Kurangkan Risiko Penyakit Jantung

Beliau menerangkan bahawa umum perlu tahu, proses penghasilan sperma atau spermatogenesis yang berlaku di dalam testis memerlukan suhu dua hingga lapan darjah Celcius lebih rendah daripada suhu badan. Haba yang meningkatkan suhu testis bertindak sebagai tekanan oksida yang akan merencat dan merosakkan proses ini. Maka lebih banyak sperma yang akan rosak dan cacat.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

MACAM MANA PERGERAKAN SPERMA NORMAL DAN APA ALTERNATIF TERBAIK BERBASIKAL?

Tambah Dr. Ahmad lagi, aktiviti berbasikal bukanlah tidak dibolehkan langsung, cuma adalah lebih jika dihadkan untuk untuk tempoh dan keadaan tertentu. Ada juga yang bertanyakan bahawa bagaimana rupanya jika sperma bergerak dalam keadaan yang normal.

BACA:  Teh & Kopi Panas Risiko Kanser Esophagus? Menambah Susu Pula Melindungi Peminumnya

“Konsepnya ialah kesan haba kepada testis. Jika berbasikal secara indoor seharusnya tidak akan bawa kesan kerosakan seperti outdoor. Beliau juga memeberitahu bahawa digalakkan mereka yang menceburi aktiviti berbasikal ini supaya lebih mengutamakan faktor cuaca iaitu mengelakkan berbasikal ketika cuaca panas terutama di jalan raya.

Anda boleh berbasikal di kawasan redup, pemakaian seluar ketat juga mengumpul lebihan haba yang juga merencatkan sperma, perlu ada rehat secara berkala juga boleh membantu mengurangkan kesan haba kepada testis. Oleh itu, rancanglah aktiviti berbasikal anda dengan sebaiknya dan utamakan kesihatan seksual.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.