≡ Menu

Berbuat Baik Dengan Segelas Susu. Ingatlah, Sekecil-Kecil Perbuatan Baik, Besar Impaknya

Untuk membiayai pendidikannya, seorang anak miskin menjual barang dari pintu ke pintu. Suatu hari semasa dia berjualan barang dari pintu ke pintu,  anak kecil ini merasa lapar tetapi tiada duit untuk membeli makanan. Dia nekad untuk meminta sesuatu untuk dimakan ketika dia mengetuk pintu rumah berikutnya.

Seorang wanita muda yang cantik membuka pintu itu. Dia hanya minta segelas air kerana terlalu malu untuk meminta makanan. Wanita muda tersebut membawakannya segelas susu. Dengan rakus anak kecil itu minumnya.

Anak itu bertanya berapa banyak dia berhutang. Tetapi wanita tersebut hanya tersenyum dan berkata bahawa ibunya telah mengajarinya untuk berbuat baik kepada orang lain. Dan wanita itu tidak pernah mengharapkan balasan apa pun.

Anak kecil itu meninggalkan rumah wanita tersebut dengan perut penuh dan hati yang gembira. Selepas dari peristiwa itu dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh dan terus bekerja keras.

Hari-hari yang dilaluinya amat meletihkan. Namun setiap kali dia merasa ingin berhenti, dia teringat pada wanita itu. Seseorang yang telah menanamkan keyakinan baru dan ketabahan di dalam dirinya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Bertahun-tahun kemudian, di sebuah bandar besar, seorang ahli bedah ternama Dr. Howard Kelly dipanggil untuk berkonsultasi dengan seorang wanita  tua yang menderita sebuah penyakit. Ketika wanita tersebut bercerita  kepadanya tentang nama pekan kecil di mana dia tinggal, Dr. Kelly merasa memori lalu  muncul dalam fikirannya.

BACA:  Akan Tiba Di Suatu Zaman, Masjid Dijadikan Tempat Berkumpul Tetapi Tiada Orang Beriman Di Dalamnya. Nauzubillah

Kemudian, secara tiba-tiba doktor itu tersedar. Dia adalah wanita yang telah memberinya segelas susu bertahun-tahun yang lalu. Ketika dia kelaparan dan meminta-minta makanan. Dan kerana wanita itu jugalah dia bekerja keras untuk mengubah hidupnya.

Kemudian doktor itu melanjutkan konsultasi dengan menyediakan wanita tersebut rawatan yang terbaik dan memastikan dia mendapatkan perhatian khusus. Dr Howard Kelly menggunakan seluruh kemampuannya sebagai seorang doktor untuk menyelamatkan hidup wanita tersebut.

Hari berganti hari. Bulan bersilih ganti. Setelah lama dirawat di hospital dengan melalui pelbagai rawatan, wanita itu akhirnya pulih dan dibenarkan untuk kembali ke rumah. Namun jauh di sudut hati, dia merasa bimbang kerana pasti mahal bil hospital yang perlu dibayarnya.

Pouring milk in the glass on the background of nature.

Bukan sebuah kos yang sikit untuk merawat sakitnya itu. Namun ketika dia menerima bill rawatan, dia mendapati  bahawa Dr. Kelly telah membayar seluruh kos perubatannya. Dan menulis nota kecil untuknya.

BACA:  Baca Al-Quran Atau Zikir, Yang Mana Lebih Afdhal? Ketahui

Nota itu berbunyi ,“Sudah dibayar lunas dengan segelas susu”.
Apa yang kita belajar dari kisah anak kecil akhirnya menjadi doktor ini? Bagi kita mungkin segelas susu itu tidak memberi erti. Tetapi bagi anak kecil bernama Howard Kelly itu, dari segelas susu yang diberikan ikhlas ketika dia sangat lapar amat memberi kesan mendalam hidupnya.

Maka teruslah berbuat kebaikan di dalam hidup kita. Bantulah orang lain walaupun dengan bantuan kecil sekali pun. Kerana bantuan kecil itu mungkin sangat besar pada orang lain. Dan percayalah, ketika suatu saat nanti kita berada dalam kesusahan, kita juga akan mendapat bantuan dari orang lain.

Itulah cara Allah membalas segala budi baik kita. Dengan cara yang dikehendakinya. Dan tepat pada waktunya.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.