≡ Menu

Berdiri Pun Sakit, Masalah Cagu Sering Melanda Jika Anda Pakai…

“Aduh, bisa betullah ibu jari aku ni… Mesti tak lain aku dah kena cagu. Apa nak buat ni? Nak pergi klinik ke? Ada ke petua merawat cagu?”

Pernah kena cagu atau cengkam kuku?

Mesti sakit dan tak selesa, kan?

Biasanya kita kena cagu ni bila baru lepas potong kuku.

Ada juga orang sebut sebagai kaki sebayam / kuku sebayam.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Ibu jari kaki merupakan yang paling besar berkemungkinan mengalami cagu.

Memang stres bila kena! Walaupun kecil tapi sakit yang amat… Rasa berdenyut-denyut jari kaki tu.

Kenapa cagu ni boleh berlaku, adakah petua merawat cagu dan bagaimana kita nak elakkan cagu daripada kerap berlaku?

Jom ketahui lebih lanjut tentang cagu di bawah ini.

7 PERKARA TENTANG CAGU AKA CENGKAM KUKU
1. FUNGSI KUKU
Pernah tak kita terfikir apa sebenarnya fungsi kuku di jari kita?

Kuku ini berfungsi melindungi kepingan terakhir tulang pada jari tangan atau jari kaki. Ia melindungi hujung jari dan tisu lembut di sekeliling jari.

Fungsi hujung jari adalah untuk menyentuh dan memilih benda kecil.

Dengan adanya kuku, ia dapat memudahkan pergerakan halus dengan memberikan tekanan pada pulpa jari sekaligus meningkatkan sensitiviti.

2. BAGAIMANA BERLAKUNYA CAGU
Cagu atau cengkam kuku (ingrown toenail) ialah satu keadaan dimana kuku jari kaki kita tumbuh melengkung ke dalam jari kaki menyebabkan bahagian kaki tersebut bengkak dan mungkin bernanah.

Setiap langkah boleh menyebabkan kesakitan dan seandainya tersepak sesuatu, kesakitannya tu tak dapat dibayangkan terutamanya jika ia telah mengalami jangkitan.

Rasa kesakitan dan ketidakselesaan ini juga boleh menyukarkan kita memakai kasut.

Tanda-tanda awal cagu termasuklah:

kulit di sebelah kuku menjadi lembut, bengkak, atau keras
sakit ketika tekanan diberikan pada jari kaki
cecair terkumpul di sekitar jari kaki
petua merawat cengkam kuku

BACA:  Syawal Sudah Tiba. Adakah Kita Berpuas Hati Dengan Prestasi Ramadhan Kita?

3. PUNCA CAGU / CENGKAM KUKU
Menurut Dr Latif Saadan menerusi The Diagnosa, ada banyak sebab yang boleh menjadi punca cengkam kuku atau cagu.

Ia selalunya berlaku pada mereka yang mempunyai kaki yang berpeluh seperti pada remaja. Dan ia juga berlaku pada mereka yang sudah tua kerana kuku kaki yang menebal.

Penggunaan kaki yang berlebihan (contoh atlet bola sepak) seperti aktiviti menendang sesuatu ataupun yang memberikan tekanan pada kaki dalam satu tempoh yang lama juga meningkatkan risiko seseorang itu mengalami masalah cagu.

Lain-lain punca cagu adalah:

Cara potong kuku dengan yang tidak betul. Bagi kuku kaki, anda dinasihatkan untuk memotong kuku tersebut tidak terlalu dalam dan ianya perlu lurus.
Kuku kaki yang tidak sekata
Kasut yang ketat hingga memberi tekanan pada kuku kaki
Kecederaan pada kuku kaki
Postur duduk yang salah
Tidak menjaga kebersihan kaki

4. KAEDAH MENGURANGKAN KESAKITAN / PETUA MERAWAT CAGU DI RUMAH
Bila baru kena cagu, kita mungkin lebih selesa untuk cuba atasi masalah ni sendiri di rumah memandangkan ia belum serius.

Menurut Dr Kamarul Ariffin, antara cara merawat cagu yang boleh kita lakukan di rumah adalah seperti berikut :

Rendam dan cuci kuku dengan air suam
Splint (penyendal) boleh diletakkan di bawah kuku yang ada cagu. Boleh guna gauze sebagai penyendal. Ia akan beri masa kuku tumbuh melepasi tisu yang keradangan.

5. RAWATAN DOKTOR
Sekiranya kuku kaki tidak menunjukkan bertindak balas terhadap rawatan di rumah atau menjadi lebih sakit, jangan berlengah untuk berjumpa doktor.

Ini kerana kuku kaki yang tumbuh ke dalam jari boleh menyebabkan menyebabkan jangkitan, luka dan kehilangan aliran darah yang sempurna ke kawasan yang dijangkiti.

BACA:  Cara Yang Betul Ialah Ketika Perut Kosong . Ini Manfaat Minum Minyak Zaitun Ketika Perut Kosong

Jangkitan boleh menjadi lebih serius jika kita menghidap diabetes.

Doktor mungkin akan mempreskripsikan:

Ubat tahan sakit dan anti-keradangan.
Antibiotik sapuan atau tablet akan diberi untuk membunuh kuman.
Antifungal jenis sapuan(topikal) akan diberi untuk rawat jangkitan kulat.

6. PROSEDUR MENCABUT KUKU
Menurut Dr Ahmad Mahyuddin menerusi Malaysian Medical Gazette, pembedahan hanya akan dilakukan sekiranya:

Cagu berlaku berulangkali
Cagu menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Pembedahan hanya akan dilakukan setelah jangkitan kuman tersebut sembuh

Terdapat 2 pilihan yang biasa dilakukan untuk mengatasi masalah ini :

i) Pembuangan kuku separa (partial nail removal / Zadek procedure) – sejenis prosedur dimana hanya sebahagian daripada kuku pesakit dibuang iaitu di sebelah yang mengalami cengkam. Bahagian pangkal kuku iaitu bahagian yang dikenali sebagai nail fold dan germinal matrix dibersihkan dengan menggunakan currete, diarthermy atau phenol bagi memusnahkan sel-sel precursor kuku dengan harapan kuku tidak lagi tumbuh di bahagian sisi. Ini akan dapat mengelakkan daripada cengkam daripada berulang.

ii) Pembuangan kuku keseluruhan (nail avulsion) – Doktor akan memberi anda suntikan bius dan kemudian mengeluarkan keseluruhan kuku.

petua merawat cagu

7. CARA MENCEGAH CAGU / CENGKAM KUKU
Cagu dapat dicegah dengan tips berikut:

Paling penting! Potong kuku secara lurus dan bukannya melengkung (rujuk rajah di bawah)
Jangan potong kuku terlalu pendek hingga melepasi isi atau daging di bawah kuku, sebaik-baiknya hendaklah dipotong sama rata dengan isinya sahaja, untuk mencegah kuku itu mencengkam ke dalam isi dalam semasa proses pertumbuhan kuku
Pakai kasut, stoking yang sesuai dan tidak terlalu ketat.
Bagi seorang wanita pula, elakkan memakai kasut jenis tirus atau tumit tinggi yang boleh membebankan jari-jari kaki ketika berjalan untuk mengurangkan rasa sakit pada ibu jari kaki

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.