
Bersikap hati-hati dan berusaha yang disertai dengan tawakkal kepada Allah adalah salah satu jalan menuju kebahagian. Rasulullah S.A.W. sendiri selalu memperlihatkan kewaspadaan dalam perang dengan memakai baju besi, padahal kita tahu bahawa Rasulullah S.A.W. adalah manusia yang paling bertawakkal kepada Allah. Salah seorang sahabat bertanya kepadanya: “Apakah saya harus mengikat unta saya, wahai Rasulullah, atau harus bertawakkal sahaja?” Rasulullah S.A.W. menjawab: “Ikatkanlah dia terlebih dahulu, barulah bertawakkal.”
Berusaha dan bertawakal kepada Allah adalah prinsip tauhid; meninggalkan usaha dan hanya bertawakkal kepada Allah adalah sebuah kekeliruan dalam memahami syariat; sedangkan berusaha saja tanpa tawakkal kepada Allah adalah kekeliruan dalam memahami tauhid.
Ibnul Jauzi menceritakan bahawa ada seorang lelaki yang memotong kukunya, kemudian dia lalai hingga mengakibatkan kematiannya. Ini adalah disebabkan kerana dia tidak berhati-hati dan berwaspada.
Ada pula seorang lelaki pernah masuk kandang keldai Sardan. Kerana tidak hati-hati maka dia disondol oleh keldai itu dan terus meninggal dunia.
Diceritakan bahawa Taha Husain, seorang penulis terkenal Mesir, selalu berkata kepada pemandunya : “Jangan memandu kereta ini terlalu laju, agar sering cepat sampai ke tempat tujuan.”
Ini merupakan terjemahan secara praktikal dari sebuah peribahasa yang berbunyi: “Terburu-buru itu akan sering menciptakan kelambatan.”

Seorang penyair mengatakan:
Seorang yang bertindak perlahan
terkadang dapat mencapai tujuannya
Orang yang tergesa-gesa
terkadang mengalami ketergelincir
Berwaspadalah dan berhati-hati supaya tidak bertentangan dengan ketentuan Allah, bahkan termasuk dari ketentuanNya.
…dan hendaklah dia berlaku lemah-lembut…
(Al-Kahfi : 19)
…dan Dia telah menjadikan untuk kalian pakaian yang dapat melindungi tubuh kalian dari panas (dan dingin) dan pakaian (baju besi) yang dapat melindungi tubuh kalian (dari senjata musuh) di Medan perang…
(An-Nahl : 81)
