≡ Menu

Berkasih-Sayang Sesama Manusia, Contohilah Keperibadian Rasulullah S.A.W. Barulah Hidup Dalam Muhibah

DALAM mana-mana kelompok manusia, sama ada kecil atau besar, setiap orang menginginkan kehadiran mereka yang prihatin.

Sifat itu sesungguhnya akan melahirkan perilaku mulia seperti saling bantu membantu, lebih-lebih lagi dalam situasi bencana yang melanda beberapa buah negeri di Malaysia ketika ini.

Para pengkaji sosial juga telah bersepakat bahawa bahawa ahli bagi sesuatu kelompok boleh menjadi penyumbang kepada masalah stres atau menjadi faktor penyokong untuk menghadapi dilema itu (stres) dalam kehidupan.

Jika setiap daripada individu itu memiliki rasa bertanggungjawab untuk memupuk sifat prihatin dalam diri masing-masing, maka akan muncullah satu kumpulan manusia yang mempunyai kelakuan terpuji itu. Pada masa sama, saling mengambil berat antara satu sama lain .

Contoh unggul yang wajar dicontohi dalam segenap perkara ialah Nabi Muhammad SAW.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Terdapat empat Rasulullah  SAW yang wajar menjadi tauladan oleh ahli masyarakat yang ingin memupuk sifat prihatin.

Surah at-Taubah, ayat 128. Dalam ayat suci berkenaan: ‘Azizun ‘alaihi ma ‘anittum (merasa sangat berat penderitaan yang kamu alami) , harison (sangat ingin kebaikan kepada umat) , rauf (belas kasihan) dan rahim (penyayang)

Sifat pertama  ‘azizun ‘alaihi ma ‘anittum iaitu “merasa sangat berat penderitaan yang kamu alami”.

“Azizun bermakna syadidun atau syaqqun ( berat sangat); dalam konteks ayat ini bermakna sifat yang amat mengambil berat sehingga merasai kesusahan  yang menimpa umat.

Bagaimanapun, sifat empati Rasulullah jauh lebih daripada (empati) manusia biasa.

Dalamnya fitrah itu bagi baginda sehingga ke akhirat dan luasnya meliputi semua makhluk,  tidak mengira kelompok, bangsa atau warna kulit. Ia juga merangkumi Muslim,  bukan Muslim dan seluruh alam ini.

Di samping itu, empati Rasulullah SAW tidak terhenti dengan kewafatan baginda, malah meliputi umat yang datang setelah kewafatannya. Sungguh hebat kasih sayang Nabi Muhammad kepada umatnya.

SEBARKAN KASIH SAYANG

Dari segi pendekatan kemanusiaan, sifat empati akan mudah dipupuk,  jika seseorang  boleh membuang perasaan prejudis,  suka melabel atau menghukum orang yang lain, terutama orang lain yang mempunyai tabiat, cara berfikir dan  cara bertingkah laku yang lain daripadanya.

Sifat kedua yang didapati dari ayat 128 ini ialah harisun , iaitu “sangat ingin kebaikan kepada orang lain”.

Seperti yang sampaikan oleh ahli akademik itu, sifat sangat ingin itu ditafsirkan sebagai “tamak”.

Bayangkan betapa indahnya jika setiap ahli dalam sesebuah kelompok atau organisasi bersifat ‘tamakkan’ kebaikan untuk orang lain, bukan tamakkan kebaikan untuk diri sendiri, ahli keluarga atau saudara mara sendiri!

Maka, akan berkembanglah sifat ithar ( mendahulukan orang lain) iaitu sifat tertinggi dalam persaudaraan sesama manusia.

Rauf dan rahim merupakan dua lagi sifat Rasulullah yang diambil daripada ayat 128 Surah At Taubah dan amat berkaitan antara satu sama lain.

Rahim bermaksud penyayang, manakala rauf adalah kasih sayang yang lebih mendalam daripada  perkataan rahim .

Dengan erti kata yang lain, rauf ialah sifat kasih sayang yang amat mendalam sehingga mendatangkan perasaan belas kasihan.

Ibn Abbas mengatakan bahawa  ALLAH SWT memberikan nama dua nama-NYA kepada Rasulullah sebagai pengiktirafan  kemuliaan baginda.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.