≡ Menu

Bersediakah Kita Dengan Soalan Yang Akan Ditanya Allah Tentang Apa Yang Kita Kerjakan Di Dunia Ini?

وَقِفُوهُمۡۖ إِنَّهُم مَّسۡـُٔولُونَ

“Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal!” [Surah as-Saaffaat 24]

#Disebut dalam Tafsir Jalalain: “(Dan tahanlah mereka) di tempat perhentian atau as-Shirath (kerana sesungguhnya mereka akan ditanya) mengenai semua perkataan dan perbuatan mereka” (Lihat: Tafsir al-Jalalain – Syeikh Jalaluddin al-Mahalli dan Syeikh Jalaluddin as-Suyuthi)

#Menurut Imam Ibnu Kathir: “Yakni hentikanlah mereka untuk menjalani pertanyaan tentang amal perbuatan dan ucapan-ucapan yang pernah mereka lakukan selama di dunia, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ad-Dahhak daripada Sayidina Ibnu Abbas r.huma, bahawa dikatakan: “Hentikanlah mereka, sesungguhnya mereka akan menjalani perhitungan amal perbuatan”.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

#Malaikat diperintahkan supaya menahan manusia di tempat perhentian dan disoal tentang apa yang mereka usahakan, serta dosa dan kemaksiatan yang telah mereka lakukan didunia dahulu. Pada waktu itu juga ditanyakan tentang akidah-akidah palsu yang diajarkan oleh syaitan yang menyesatkan hidup mereka.

BACA:  Perpaduan Yang Diberkati Allah. Contohilah Perpaduan Di Zaman Rasulullah

#Ketahuilah, berdasarkan perbahasan para ulamak tafsir, ayat ini memaklumkan pada kita semua, bahawa nanti di mahsyar kita akan ditahan untuk disoal siasat.

#Apakah yang akan disoal?

Segala-galanya! Sepanjang perjalanan hidup kita di dunia ini, kita akan ditanya tentang:

1. Aqidah

2. Ibadah

3. Akhlak

4. Masa

5. Kesihatan

6. Harta

7. Ilmu

8. Keluarga

9. Pangkat

10. Kuasa

11. Kepakaran dan lain-lain.

#Pendek kata, semua yang Allah kurniakan, semua yang kita gunakan, semua yang kita amalkan, semua yang kita niatkan, semua yang kita perkatakan, semua yang kita ucapkan, semua yang kita lakukan, semua yang kita abaikan, akan disoal secara terperinci bagaimana cara kita memperolehinya, bagaimana cara kita mengurus dan untuk apa kita menggunakan serta memanfaatkannya dan segala-segalanya disoal.

BACA:  5 Tips Elak Pembaziran di Hari Raya

#Persoalannya, adakah kita sudah bersedia dengan jawapan yang kita yakin Allah akan terima dan redha dengan jawapan yang kita kemukakan?? Jawapan yang dapat melepaskan kita daripada azab Allah?? Jawapan yang menyebabkan kita terlepas daripada kesengsaraan dipanggang dalam api neraka??

Bayangkanlah ketika arahan ini ditujukan kepada diri kita di hari akhirat kelak! Mampukah kita menjawabnya atau lidah kelu tanpa bicara??!! Peringatan ini untuk diri sendiri, ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang di kasihi sekelian.. Bersedialah kerana kita semua akan pulang ke negeri akhirat

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.