
Tidak lain tidak bukan, doa adalah senjata orang mukmin. maka, berdoalah kepada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada kita supaya kita sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar terhindar daripada segala penyakit dan wabak. Antara doa yang boleh kita amalkan ialah: Dengan nama Allah SWT yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ia dibaca sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga Subuh.
Dan barang siapa yang membacanya ketika subuh sebanyak tiga kali, maka dia tidak akan ditimpa bala yang datang secara tiba-tiba sehingga petang (malam).” – [HR Abu Daud 5088]
Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk. – [HR Abu Daud 1554].
Antara yang nabi anjurkan ketika berlakunya wabak dan penyakit berjangkit ini ialah bersabar atas ujian Allah serta tidak keluar daripada tempat wabak penyakit.
Sabda Rasulullah SAW: Dari Aisyah berkata; “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang masalah taun lalu baginda memberitahu kepada aku bahawa taun adalah sejenis seksaan yang Allah kirimkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Allah menjadikan hal itu sebagai rahmat bagi kaum muslimin. Tidak ada seorang pun yang menderita jika dia bertahan di tempat tinggalnya dengan sabar mengharapkan pahala dan mengetahui bahawa dia tidak terkena musibah melainkan kerana Allah SWT telah mentakdirkan kepadanya maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang mati syahid”. – [HR Bukhari 3215]2.

Keduanya adalah umat Islam perlu kembali kepada Allah SWT. Allah SWT telah menurunkan al-Quran kepada baginda Rasulullah SAW supaya disampaikan kepada umatnya. Oleh itu setiap apa yang diminta oleh Allah SWT maka hendaklah kita melaksanakannya.
Beriman kepada Allah SWT yang Maha Pencipta lagi Maha Pengatur sesuatu perkara merupakan satu rukun iman yang wajib dipercayai bagi setiap umat Islam.
Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya sama ada kita mengetahui ataupun tidak. Setiap ujian yang Allah SWT berikan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah pergantungan kita kepada Allah SWT selain mengajarkan untuk bersedia menempuh ujian akhir zaman sebagaimana yang pesan Rasulullah SAW.
Semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan segala penyakit dan sentiasa menjadikan Negara Malaysia yang tercinta dalam keadaan aman dan damai.
