≡ Menu

Bersihkah Botol Susu Anak Anda?

Masih ramai ibu bapa yang tidak tahu cara menjaga kebersihan botol susu anak mereka. Penjagaan yang tidak rapi boleh mengundang kepada jangkitan kuman yang menyebabkan anak anda muntah-muntah dan cirit-birit.

Di sini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu penjagaan botol susu:

CUCIAN BOTOL

1. Dibasuh dengan sabun setiap kali habis proses penyusuan.

2. ‎Didihkan air, matikan api dan rendamkan selama 5-10 minit. Boleh dilakukan setiap kali habis penyusuan atau dikumpul dahulu.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

3. ‎Gunakan penyepit untuk membawa botol keluar dari air panas. Tidak menggunakan tangan kerana tangan kita penuh dengan kuman.

BACA:  10 Makanan Ini Mesra PKP Dan Boleh Mengawal Berat Badan. Boleh Cuba Amalkan

4. ‎Letakkan dalam keadaan terlangkup.

5. ‎Boleh digunakan setelah kering.

DISARANKAN

1. Untuk mempunyai 6 – 8 botol susu. Jumlah penyusuan bayi 6-8 kali sehari, maka anda digalakkan menggunakan botol susu yang berbeza setiap penyusuan dan proses rendaman air didih cukup sekali sehari dengan jumlah botol ini.

2. ‎Untuk menggantikan ke semua botol tadi setiap 6 bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.

3. ‎Untuk menggantikan puting botol susu setiap bulan atau apabila berlaku perubahan bentuk dan warna.

BACA:  Petua Menghilangkan Parut Demam Campak Dan Jentungan.Boleh Cuba Cara Semulajadi

TAMBAHAN

1. Tidak menggunakan air mendidih semasa membancuh susu.

2. ‎Tidak cairkan susu anak anda. Gunakan sukatan yang disyorkan mengikut saranan pengeluar supaya anak anda mendapat zat-zat yang diperlukan secukupnya.

3. ‎Tidak menggoncang botol susu dengan kuat semasa membancuh susu.

4. ‎Setelah umur 6 bulan, digalakkan makan makanan dahulu dan susu formula sebagai makanan tambahan

Semoga bermanfaat dan anak anda kekal sihat.

Tajul Ariffin Norsadan

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.