≡ Menu

BErsihkan Hati Selalu. Ini Empat Amalan Agar Hati Bersih Kekal Terpelihara.

إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبࣲ سَلِیمࣲ

“Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera” [Surah ash-Shu’ara 89]

#Orang yang selamat dan berjaya di akhirat hanyalah orang yang bersih hatinya.

#Terdapat beberapa amalan agar hati sentiasa bersih, tenang, tenteram dan lembut iaitu:

1. Hidup dengan memahami al-Quran

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ ٱلۡحَدِیثِ كِتَـٰبࣰا مُّتَشَـٰبِهࣰا مَّثَانِیَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ ٱلَّذِینَ یَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِینُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَىٰ ذِكۡرِ ٱللَّهِۚ

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah” [Surah az-Zumar 23]

2. Sentiasa berzikir

ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَتَطۡمَىِٕنُّ قُلُوبُهُم بِذِكۡرِ ٱللَّهِۗ أَلَا بِذِكۡرِ ٱللَّهِ تَطۡمَىِٕنُّ ٱلۡقُلُوبُ

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia” [Surah ar-Ra’d 28]

3. Mengingati kematian dan membaca al-Quran.

“Sesungguhnya hati ini berkarat sebagaimana berkaratnya besi bila terkena air”. Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah saw, bagaimana cara membersihkannya?”. Rasulullah bersabda: “Memperbanyak mengingati mati dan membaca al-Quran” (HR al-Baihaqi)

4. Menziarahi kubur

BACA:  Batalkah Wudhu Jika Tertidur Hingga Beralih Punggung Ketika Khutbah Jumaat

Daripada Sayidina Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

زِيَارَةِ الْقُبُورِ ثُمَّ بَدَا لِي أَنَّهَا تُرِقُّ الْقَلْبَ وَتُدْمِعُ الْعَيْنَ وَتُذَكِّرُ الْآخِرَةَ فَزُورُوهَا وَلَا تَقُولُوا هُجْرًا

“Menziarahi kubur itu ternyata bagiku dapat melembutkan hati, menitiskan air mata, dan mengingatkan kepada kehidupan akhirat. Maka ziarahlah kubur. Dan janganlah kamu berkata-kata dengan perkataan yang batil/keji” (HR Ahmad dan al-Hakim)

♡Peliharalah hati sebaik-baiknya. Suburkan dengan iman dan taqwa. Bersihkan hati daripada kesyirikan dan dosa. Semoga kita bertemu Allah dalam keadaan hati bersih dan sejahtera serta diredhai Allah. Aamiiin♡

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.