≡ Menu

Bertadaruslah Bersama Pasangan. Insya’Allah, Pahala Pun Dapat, Hubungan Pun Makin Erat

Selain solat berjemaah, mengaji Al-Quran bersama pasangan juga membawa kepada hubungan harmoni dalam rumahtangga.

Betapa indahnya jika anda berdua dapat mengalunkan kalam ALLAH ini dengan baik.

Di samping itu, ajarkanlah al-Quran kepada anak-anak. Semaikan semangat cintakan al-Quran dalam diri anak-anak sejak mereka kecil lagi.

Jika boleh, biarlah al-Quran sentiasa ada dalam diri mereka. Mudah-mudahan mereka mampu menghafaz al-Quran.

Jangan jadikan alasan sibuk untuk tidak mengaji al-Quran. Jika tidak mampu mengaji satu juzuk, mengajilah separuh juzuk.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Jika tidak mampu, 10 muka surat cukuplah. Jika tidak mampu juga, mengajilah satu muka surat. Jika tidak juga berkemampuan, mengajilah sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran sehari. Begitulah pentingnya al-Quran dalam hidup kita.

BACA:  Pelihara Hati, Insya'Allah, Kesihatan 7 Anggota Akan Hadir Sendirinya

Carilah masa. Masa paling sesuai ialah selepas mendirikan solat fardu maghrib. Selepas solat, duduk sebentar di atas sejadah dan bukalah al-Quran.

Mengajilah bersama pasangan anda. Anda pasti terasa harmoni dalam hati. Malah suasana kediaman anda juga pasti lebih tenang apabila penghuninya selalu mengaji al-Quran.

Tip mudah mengaji:

  • Jadikan mengaji sebagai amalan setiap hari. Jadi jika tidak mengaji anda akan rasa kekurangan.
  • Beli al-Quran kecil supaya mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Misalnya ke destinasi percutian. Jadi tiada alasan untuk tidak mengaji jika berada di luar rumah.
  • Beli al-Quran yang ada terjemahan supaya anda faham maksud ayat yang dibaca.
  • Beli al-Quran yang ada panduan tajwid supaya anda membaca mengikut tajwid yang betul.
BACA:  6 Makanan Eksotik Yang Mungkin Kita Pernah Cuba Tapi Sebenarnya Boleh Membunuh

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.