≡ Menu

Bertaubatlah. Jangan Tunggu Enam Perkara Yang Diriwayatkan Dalam Hadis Ini.

CUBA bayangkan dunia masih lagi gelap walaupun sudah masuk waktu pagi dan tengah hari. Tambah menggusarkan hati apabila keadaan itu bukan berlaku sehari atau dua hari, tetapi berhari-hari lamanya.

Andai kata, perkara itulah yang terjadi, dunia sebenarnya menghampiri penamatnya. Masakan tidak, ia merupakan antara tanda akhir hari kiamat.

Menurut para ulama, terdapat riwayat menyatakan, suasana gelap itu akan berlaku selama dua hari dan ada riwayat lain menyatakan, dunia akan bergelap selama tiga hari.

Ini bermakna, jika keadaan gelap itu berlanjutan selama tiga hari, pada hari keempat, matahari tidak lagi terbit dari sebelah timur, sebaliknya dari sebelah barat.

Daripada Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Bersegeralah dalam beramal sebelum datang enam perkara: Terbitnya matahari dari barat, asap, Dajal, al-Dabah, perkara khusus daripada kalangan kamu (kematian) dan urusan umum (kiamat).” (Riwayat Muslim)

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

ketika matahari terbit dari sebelah barat, maka telah tertutupnya pintu-pintu taubat. Ketahuilah bahawa sesiapa yang cuba ‘mendatangkan’ imannya pada masa itu, walhal mereka berpeluang berbuat demikian sebelum waktu genting itu lagi, maka tidak bermanfaat apa yang mereka lakukan ketika itu.

“Begitu juga pada hari itu keluarlah ayat-ayat ALLAH SWT, kepada mereka yang cuba beramal soleh ataupun melakukan yang terbaik, maka ia sama sekali tidak akan diterima oleh ALLAH SWT,” kata kenyataan itu baru-baru ini.

BACA:  7 Manfaat Kesihatan Sekiranya Kita Mengamalkan Makan Buah Betik

Pada hari pertama matahari terbit dari barat, riwayat yang masyhur menyatakan, ia mengambil masa selama setahun yang dilalui oleh manusia sepertimana yang disebutkan Nabi Muhammad SAW, jelas kenyataan tersebut.

“Hari kedua juga panjang iaitu seperti sebulan. Berikutnya, hari ketiga panjangnya seperti seminggu, manakala pada hari keempat baru ia kembali seperti biasa,”

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.