≡ Menu

Bertudung Tapi Nampak Leher, Boleh Atau Tidak?

SOALAN

Apakah hukumnya fesyen zaman sekarang dimana perempuan yang memakai tudung dengan hanya menutup kepalanya kemudian ekor tudung itu dililit ke lehernya atau dililit di kepalanya di mana boleh dilihat sebahagian lehernya terbuka atau nampak bahagian dada pada belahan leher bajunya?

JAWAPAN

Memakai tudung adalah setengah dari kesempurnaan menutup aurat perempuan iaitu sekelian badan melainkan wajah dan dua pergelangan tangannya.

Perintah memakai tudung oleh Allah Taala yang disuruh syarak ialah dengan tudung yang menutup rambutnya dan lehernya dan kepalanya dan tengkuknya dan dua telinganya dan dadanya dari dilihat orang.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Firman Allah Taala:

Dan hendaklah kaum perempuan memakai tudung mereka atas segala dada mereka.”

BACA:  Solat Jumaat Tanpa Mendengar Khutbah

(An-Nur : 31)
Maksudnya tudung yang wajib dipakai itu ialah tudung yang bukan sahaja menutup kepala dan rambut serta telinga tetapi juga tudung itu menutup belahan baju pada dadanya dan lehernya.

Berkata Imam Al-Baghawi:

Firman Allah ‘على جيوبهن’ itu ialah segala dada mereka supaya menutup dengan demikian itu akan segala rambut mereka dan dada mereka dan leher mereka dan segala perhiasan pada telinga mereka.”

(Tafsir Al-Baghawi)
Amalan memakai tudung tapi menampakkan leher dan dada melalui belahan baju itu adalah amalan perempuan zaman jahiliyah.

Berkata Imam Fakhrurrazi :

Berkata para ulamak tafsir : Sungguhnya perempuan-perempuan jahiliyah adalah mereka itu melabuhkan tudung mereka itu dari pihak belakang manakala bahagian hadapan dada mereka terbuka menampakkan leher bersama kalung-kalung mereka.

BACA:  Hukum Berhutang Untuk Qurban Yang Ramai Masih Keliru

Maka diperintahkan mereka memakai tudung atas dada mereka supaya menutup dengan demikian itu akan leher mereka dan tengkuk mereka dan dan sekitarnya termasuk rambut dan perhiasan pada telinga tempat menyangkut perhiasannya.”

Kesimpulannya

Perempuan yang memakai tudung yang menututp rambut dan kepalanya tetapi lehernya atau telinganya atau dadanya tidak ditutup adalah dikira perempuan yang tidak menutup aurat.

Maka dia berdosa sekali pun baginya sudah memakai tudung dan begitu juga turut sama berdosa suaminya atau bapanya apabila tidak melarang.

Wallahua’lam

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.