≡ Menu

Beruntunglah Mereka Yang Beramal Soleh, Di Akhirat Kelak, Amalkan itu…

إِنَّ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أُو۟لَـٰۤىِٕكَ هُمۡ خَیۡرُ ٱلۡبَرِیَّةِ

“Seungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk” [Surah al-Bayyinah 7]

#Allah swt menyatakan bahawa sebaik-baik makhluk ialah orang yang beriman dan beramal soleh mentaati perintah Allah swt.

#Dengan iman dan amal soleh yang dilakukan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan akan menjadikan seseorang itu hamba Allah yang bertaqwa.

إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu” [Surah al-Hujurat 13]

BACA:  Tahun Baru Menjelma Lagi. Muhasabah Diri Kita Agar Kita Perbaiki Kesilapan Tahun Ini

#Beramallah kerana amal soleh akan menjadi tunggangan kita di akhirat kelak.

#Daripada Amru bin al-Qais berkata: “Sesungguhnya apabila seorang mukmin keluar dari kuburnya pada hari kiamat nanti, dia disambut oleh amalannya yang baik dengan rupa yang sangat indah dan bau yang sangat harum.

Amalan itu bertanya: “Adakah engkau mengenaliku?”

Mukmin itu menjawab: “Tidak. Tetapi Allah menciptakan baumu sangat harum dan rupamu sangat indah!”.

BACA:  Penatnya Bekerja Untuk Mendirikan Rumah Tangga. Usah Bersedih

Amalan itu menjawab: “Demikianlah engkau semasa di dunia dahulu. Aku adalah amalanmu yang baik. Begitu lama aku menunggangimu di dunia. Sekarang engkau tunggangilah aku!” (Lihat: Al-Tazkirah fi Ahwal Al-Mauta wa Umur Al-Akhirah, Imam Al-Qurtubi)

Berusahalah untuk menjadi sebaik-baik makhluk dan semulia-mulia makhluk disisi Allah dengan sentiasa meningkatkan iman dan amal soleh

 

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.