≡ Menu

Berusahalah Untuk Berdakwah. Sampaikanlah Walau Sepotong Ayat, Subhanallah

Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Dakwah merupakan gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat.

Firman Allah SWT:

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُون

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Imran: 104)

Mus’ab bin Umair RA seorang pemuda yang diperintah Rasulullah SAW untuk berdakwah ke Kota Yathrib. Tanpa sebarang alasan, anak muda yang hanya berkesempatan beberapa ketika bersama Rasulullah SAW setelah pulang dari hijrahnya ke Habshah bergerak ke Yathrib bersama sahabat-sahabat mulia dari kalangan Aus dan Khazraj yang telah berbaiah dengan Rasulullah SAW. Akhirnya Islam berkembang di Yathrib, terbuka Kota Madinah menyambut kehadiran Rasullah SAW dalam peristiwa hijrah.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Setiap orang mempunyai posisi dan penjuru dakwah masing-masing. Allah berikan kelebihan berbeza dengan seseorang yang lain.

BACA:  Dr Amalina mohon netizen hulurkan sumbangan agar Baby Ainul dapat dibawa ke London untuk dirawat

Ada yang kelebihannya berdakwah kepada yang belum Islam. Dakwahnya mengislamkan.

Ada yang kelebihannya mengislahkan yang telah Islam yang lemah imannya. Yang tenggelam dalam kemaksiatan. Dakwahnya merubah dan membina.

Ada yang pandai bercakap dalam menyampaikan dakwah. Dakwahnya dengan berhujah, menasihat dan berhikmah.

Ada yang kelebihannya berdakwah dengan penulisan, menghasilkan buku, artikel juga dalam laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, TikTok, WhatsApp, Telegram dan lain-lain.

Ada yang dakwahnya sesuai dengan kanak-kanak kecil.

Ada pula dakwahnya sesuai dengan remaja.

Ada juga dakwah yang selalu mencuri perhatian orang berusia.

Masing-masing memposisikan urusan dakwah mereka sesuai dengan kelebihan yang Allah berikan kepada mereka.

BACA:  Pesakit Diabetes Perlu Baca Panduan Ini Di Dalam Bulan Syawal

Jangan pula kita menilai dakwah orang lain tak sesuai, tak tepat, tak betul, apabila dakwah mereka tidak seperti dakwah kita.

Ingatlah kalau tidak kerana guru yang mengajarkan alif ba ta takkan nanti adanya ulama yang mengajar ribuan manusia.

Kalau tidak kerana adanya usaha mengajak yang hanyut dengan maksiat kembali kepada Allah, siapa pula nak menyelamatkan mereka?

Ayuh duduklah di posisi dan penjuru masing-masing. Kenal potensi dakwah yang ada pada kita. Yang tahu satu ayat, sampaikanlah walau satu ayat, yang tahu banyak, usahalah agar ilmu itu menjadi manfaat kepada manusia lain.

Bukan kita sahaja nakkan syurga, semua orang juga nakkan syurga.. tunjuklah jalan kepada mereka. Mungkin juga nanti di akhirat, kita yang menumpangi mereka ke syurga.

Kambing Aqiqah Murah Indonesia

Loading...
Berminat menulis berkaitan Islam? Hantarkan artikel anda di sini: www.islamituindah.us/hantar-artikel.