Siapa dekat sini yang suka berjalan dengan pantas atau cepat setiap hari?
Berjalan pantas atau cepat memang membuatkan badan dan kesihatan menjadi lebih sihat. Dan pada masa yang sama, baik untuk otak.
Tetapi pernahkah kamu fikir berjalan dengan cepat ini sebenarnya boleh menonjolkan keperibadian dan tahap kesihatan mental seseorang individu?
Seorang yang goal-oriented dan introvert
Kebanyakan individu yang berjalan cepat ini merupakan seorang yang mempunyai matlamat dalam karier dan kehidupannya.
Mereka sering utamakan sesuatu perkara atau tugasan sebagai tujuan hidup. Pada masa yang sama, mereka cenderung untuk abaikan perasaan diri sendiri dengan memberi tumpuan sepenuhnya pada apa yang mereka mahukan dalam hidup.
Selain itu, rata-rata individu ini adalah jenis introvert. Mereka sering alami kesukaran untuk berkawan atau memulakan hubungan. Kesannya, mereka menjadi lebih berhati-hati dan bersendirian dalam hidup.
Sering rasa tak bahagia dengan hidup dan diri sendiri
Individu yang berjalan dengan cepat mempunyai kesukaran untuk menyesuaikan diri mereka dengan emosi. Sebab itulah kalau kamu perasan, mereka sering membiarkan diri atau tersepit dalam situasi yang tertekan.
Di samping itu, individu ini sering berfikir semua perkara perlu dilakukan dengan sempurna dan tanpa sedar sikap ‘sempurna’ itu yang memakan diri dan kebahagiaan diri.
Tiada ‘me time’ dalam kamus hidup
Bagi individu yang suka berjalan dengan cepat, otak tidak pernah berehat dan mereka kerap kali memikirkan tugasan-tugasan yang belum diselesaikan.
Walaupun tarikh akhir lambat lagi, individu ini tetap mempunyai motivasi untuk siapkan kesemua tugasan dalam satu masa. Apabila ia tidak terjadi dalam cara yang dimahukan, individu ini akan mengorbankan masa rehat mereka dan terus bekerja sehingga selesai.
Kesannya, mereka sering mengalami rasa letih dan tidak bermaya dengan lebih kerap.
Seorang yang tak campur adukkan masalah
Boleh dikatakan kebanyakan individu yang berjalan cepat ini digambarkan sebagai seorang yang pandai membezakan masalah kerja dan peribadi.
Mereka tidak akan mencampur adukkan kedua-dua masalah ini menjadi satu dan mereka juga dapat melakukan sesuatu perkara secara profesional tanpa terbawa-bawa emosi.
Pada masa yang sama, mereka juga mempunyai standard dan jangkaan yang tinggi terhadap orang lain. Sama ada orang lain itu mengejar atau berada di hadapan mereka tidak kiralah dalam karier mahupun kehidupan.
Untuk pengetahuan kamu, tak salah untuk berjalan dengan cepat disebabkan ia memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan.
Tetapi tidak salah juga untuk berjalan dalam keadaan tenang dan tidak terburu-buru kerana ia dapat memberi rehat kepada badan dan fikiran kamu.
Jadi kamu yang mana satu, suka berjalan dengan cepat atau biasa sahaja?